Wednesday, July 31, 2013

Teringin Sangat

Bismillahirrahmanirrahim

Ya ALLAH.........teringin sangat.......apa kes ni Cikdaa oooooiiiiiii.......teringin mendanyer......meh nak habaq sat......saya teringin sangat-sangat nak memiliki ini


Yabedabedu.....inilah album terbaru kumpulan Hijjaz.....JANJI......seperti biasa Hijjaz tak pernah mengecewakan......lagu-lagunya sangat meyentuh hati ini. Saya meminati Hijjaz sejak dulu lagi.....(Mood: rindu sahabat yang sama-sama meminati Hijjaz dan sentiasa menemani saya setiap kali pergi tengok show Hijjaz).

Sape yang bermurah hati nak bagi saya album ni? Hehe....just kidding.......hasrat hati nak memiliki juga album ni satu hari nanti.....In Shaa ALLAH.

Lagu yang saya letak dalam blog ni pun merupakan salah satu lagu yang ada dalam album JANJI.

Saturday, July 27, 2013

Bila Waktu Telah Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk hari ke-19 kita berpuasa di bulan Ramadan 1434H. Semoga amalan kita diterima ALLAH.....Amin Ya Rabbalalamin.

Lama saya tak menulis, bukan kekeringan idea namun ada beberapa faktor yang menyebabkan saya break sekejap. Mengejar waktu yang tinggal lebih kurang dua minggu lagi untuk menyiapkan kesemua tugas-tugas yang ada sebelum saya bercuti panjang selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Perancangan harus dibuat dengan teliti dan rapi supaya sampai saatnya nanti semua diharap berjalan dengan tenang.....In Shaa ALLAH. Bukan mudah untuk menggalas pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama. Persediaan mental dan fizikal sangatlah penting. Semoga ALLAH permudahkan.....Amin Ya Rabbalalamin.

Back to the topic, hari ini saya terpanggil untuk membicarakan sesuatu sebagai peringatan kepada diri sendiri yang mudah alpa dan lalai, juga buat semua pembaca yang dirahmati ALLAH. Berbicara soal hidup dan mati ini sudah sering kita dengar, tetapi sejauh mana kita membawa peringatan itu dalam kehidupan seharian kita. Masa yang ada 24 jam sehari itu adakah betul-betul kita manfaatkan? Ya ALLAH, jika dihitung kembali sepanjang usia ini, hampir 30 tahun dipinjamkan nyawa oleh ALLAH di dunia ini.....rasanya tidak ada sedikit pun waktu yang benar-benar terisi dengan kebaikan, rasa macam Ya ALLAH.....betapa sia-sia usia aku selama ini. Betapa aku benar-benar alpa bahawa kehidupan di dunia hanya sementara sahaja......sementara.

Bila melihat jenazah dikebumikan, rasa insaf datang tapi hanya sekejap sahaja, mudah benar manusia lupa. Mencari jalan pulang......itu yang sebaiknya. Dugaan yang ALLAH beri itu sebenarnya berisi hikmah tersendiri jika kita orang yang berfikir menggunakan akal dan hati. Tak dinafikan pancaroba dunia hari ini menyumbang pelbagai budaya negatif yang menyimpang jauh dari agama.....kesucian agama dipermain-mainkan sewenangnya....Astaghfirullahalazim.

Saya sendiri pernah diuji, kadang-kadang hampir rebah, menangisi nasib, kenapa aku begini, kenapa begitu......pernah hilang semangat, pernah melalui episod duka tetapi sebenarnya pada masa itu, ALLAH sedang menurunkan rahmat-Nya......di kala kita dilanda kesedihan dan kelukaan, ALLAH bagi petunjuk dan kesedaran supaya kita kembali kepada-Nya. Selama ini kita hidup dengan bergelumang dosa, ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang menarik kita kembali ke jalan yang benar, bukankah ini bukti ALLAH sayangkan kita? DIA tidak mahu melihat kita terus tersasar.....Subhanallah.




NIKMAT..............jika mahu menghitung nikmat yang ALLAH bagi, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Hari demi hari berlalu, usia terus meningkat, ajal semakin mendekat, aku tidak mahu nyawa diambil taktala diri sedang berdosa. Bila-bila masa ajal akan menjemput. Bila waktu telah berakhir.......penyesalan sudah tidak berguna. Bila hidayah datang menerpa.....jangan sesekali sia-siakan.



Ya ALLAH........tetapkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman. Tunjukilah kami jalan yang lurus....Amin Ya Rabbalalamin.

Friday, July 12, 2013

Ramadan Tiba Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Marhaban ya Ramadan, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadan ini. Betapa bulan ini amat-amat dinantikan. Bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda bagi hamba-hamba yang mengerjakan amal soleh. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan ini....kerana keindahan itu ingin kurasakan. 

Alhamdulillah juga Ramadan kali ini saya dapat bersama keluarga tersayang setelah sekian lama di perantauan (macam la jauh sangat). Syahdu je rasa bila teringat kenangan berpuasa di Gua Musang, banyak kenangan manis yang dilalui bersama Nurul, Mokta, Kak Ita dan housemate Kak Aya n Kak Muni. Apapun kita harus bersyukur dengan apa yang ada sekarang, bukan mengenang angan-angan yang hanya menyisakan harapan yang tidak berkesudahan.

Hari ini 3 Ramadan 1434H bersamaan hari jumaat, hari cuti di negeri Kelantan. Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga dan sama-sama menyediakan juadah berbuka. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita. Segala amalan yang kita lakukan hendaklah diteruskan sehingga ke bulan-bulan lain. Jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh/solehah. Buat semua yang mengenali, saya mengambil kesempatan untuk meminta ampun dan maaf atas segala perkataan/perlakuan yang menyakitkan hati samada secara sedar atau tidak, mohon juga dihalalkan segala-galanya kerana apapun yang terjadi kita tetap saudara seagama. Leraikan dendam salurkan kemaafan......saya sayang anda semua.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan, lafazkan kesyukuran di atas segala nikmat ALLAH, semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang berjaya.

Tuesday, July 2, 2013

Monolog (Aku Dilanda Rindu)

Bismillahirrahmanirrahim

Malam ini......hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Alhamdulillah....Allahuakbar. Gejolak hati pun seakan-akan mahu mencurah namun cuba ku bertahan, aku mahu kuat dan terus kuat. Ya Allah, hanya Engkau yang memahami dasar hatiku ini, apa yang sebenarnya aku mahukan. Engkau sajalah yang tahu betapa aku telah mencuba sedaya upayaku untuk me'nyuci'kan diriku yang berdosa ini. Semakin jauh ku dari-Mu semakin dekat Engkau mendekatiku. Aku tahu perjuangan ini bukan mudah.....onak dan duri sentiasa bersama seiring dengan perjuangan. Kadang aku kuat kadang aku lemah. 

Aku rindu, teramat rindu........rindu pada cebisan kenangan 10 tahun yang lalu. Betapa aku inginkan kenangan itu berulang kembali....aku rindu tudung labuhku, aku rindu usrahku, aku rindu menjebakkan diri dalam program-program amal, aku rindu bersama sahabat-sahabatku. Kenapa sekarang aku tinggalkan semua itu? Ya Allah, tolong daku....aku ingin kembali ke jalan-Mu, aku rindukan diri aku yang dulu.


Sunday, June 30, 2013

Jendela Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini 

Aku ingin..ingin kedamaian ini kekal bertamu dalam hati..Ya Allah....kurniakanlah padaku teman-teman yang membawaku ke jalan-Mu.....Amin.

Tuesday, June 25, 2013

Maafkanlah - Bahagiakan Dirimu!!

Bismillahirrahmanirrahim



Aku tak kan maafkan kau sampai bila-bila!! 
Pernah tak kita bertindak macam ni? Tak dinafikan bila kemarahan kita sampai kemuncak, luka di hati berdarah-darah..akhirnya keluarlah ayat macam ni. Muslimahku sayang, jangan....jangan menodai hati kita dengan menyimpan dendam dan amarah. Allah itu Maha Pengampun, mengapa kita perlu mengatasi ALLAH....Nabi pun ampunkan umatnya.

Bukan mudah untuk melupakan semua yang terjadi, yang telah merobekkan hati kita. Tetapi masa telah merawat duka itu. Berilah maaf......lupakanlah semuanya kerana itu pengajaran dan hikmah. Jujur pada diri sendiri, mampukan kita mengecap bahagia andai di hati masih menyimpan marah? 



Allah suka orang yang pemaaf.....damaikanlah mereka yang bertelingkah. Hatimu Allah yang pegang.....serahkan hatimu pada Allah. Indahnya alam ini bila semua makhluk tersenyum. Alhamdulillah saya telah memaafkan semua yang telah menyakiti selama ini. Tiada sekelumit pun rasa marah kerana saya hanya ingin redha Allah. Dan saya sedar untuk apa meratapi kekecewaan, untuk apa mengingati 'perbuatan' yang menyakitkan dan untuk apa menyakitkan diri dengan kata-kata mereka. Jangan memikirkan apa yang mereka kata buruk-buruk tentang kamu kerana merekalah orang yang rugi.

Semoga Allah menetapkan hati kita untuk berubah ke arah kebaikan. Lupakanlah semuanya, maafkanlah, berkasih-sayanglah sesama kita. Ingat......akhirat itu matlamat kita, tentu kita mahu jumpa ALLAH dengan keadaan tersenyum kan. Ya Allah, rindunya aku pada-Mu...terimalah hamba-Mu ini.


Singkirkan emosi negatif dalam dirimu, buangkanlah egomu, pandanglah semua mahkluk Allah ini dengan pandangan kasih-sayang, bukan kebencian. Berdoalah seikhlas hati supaya Allah memberi hidayah kepada mereka yang menyakitimu. Bantulah mereka kembali kepada fitrah. Jangan sesekali mudah menuding jari menyalahkan mereka sebaliknya muhasabahlah diri kita sendiri kerana mungkin dari sikap kita, mereka terasa....renung-renungkan.


Lambaian hatiku : Saya sayang kamu semua duhai saudaraku.....ana uhibbukum fillah.....mawaddah wa rahmah

Saya ingin menjalani hari-hari dengan penuh ketenangan dan kedamaian.....semuanya telah terlerai, tidak tertinggal sikit pun sisa kemarahan.....semuanya telah lebur.........selamat tinggal masa lalu, selamat datang kebahagiaan.....Alhamdulillah.







Sunday, June 23, 2013

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah

Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Aku kan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Kata-kata cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku, sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku. Ya Allah sungguh aku lemah tanpa-Mu...seringkali aku tewas, seringkali aku jatuh namun ku bangun semula.....bantulah hamba yang hina ini Ya Allah, hanya redha-Mu yang ku damba. Semua yang ada ini milik-Mu, aku hanya mahu secebis ketenangan, igin merasai kasih sayang hamba yang mencintai-Mu dan membawaku mencintai-Mu.

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang, andai bisa ku kembali hapus semua pedih........

I'm Back

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah menempuhi perjalanan selama 10 jam, tepat jam 12.00 tengah malam saya selamat sampai ke rumah. Terima kasih abe driver sebab hantar sampai depan rumah. Bila masuk bilik sendiri baru terasa kepenatan yang amat, no time for myself....kesian wahai diriku.....sabar yer, nanti kita refresh balik. Sabar itu kan INDAH.

Tak sangka bengkel yang saya hadiri ni sangat menyeronokkan."Bengkel Penulisan dan Penyuntingan Kreatif"....lari ckit dari skop tugas but i'm so excited coz memang kena dengan minat hehe. Overall this course is very good....penceramah dan peserta pun very friendly and sporting. Kami kursus secara santai je. Bila masuk bengkel ni baru kita tahu rupanya banyak kesilapan yang sering kita buat dalam penulisan seperti surat, memo, minit mesyuarat dan sebagainya. Sebagai contoh perkataan tengah hari, sering kita tulis dekat tengahari tapi yang betulnya tengah hari.


Back to the story, kami bertolak dari Hotel Sentral, Melaka kul 2 petang. Sampai Merapoh, abe driver kata nak makan mee di Fz Mee kat Gua Musang (dup tersentak) sebab sekian lama saya tidak singgah 'lama' kat Gua Musang. Takpelah dah dia nak makan kan....i follow je hehe. Lagipun dah lama tak makan kat situ. Dulu kedai ni lah tempat saya n Nurul selalu lepak sebab makanan dia sedap terutamanya mee goreng basah. I'm really miss that moment....amat-amat rindu. 


Menghayati pemandangan indah Gua Musang di waktu malam, hati ini tidak mampu menahan sebak. Segala kenangan suka duka terimbas kembali. Sungguh saya amat-amat rindu Gua Musang. Rindu pada segala-gala yang pernah saya lalui. Melihat sign board Taman Wangi pun hati ni tak boleh menahan sebak apatah lagi memandang ofis lama. Siap ada pokok ICT lagi kat pintu gerbang.....cantik Gua Musang sekarang. Rindu kenangan kat rumah sewa bersama housemate, rindu lepak kat tasik, rindu saat berada di ofis lama dan rindu segala-galanya namun apakan daya tanggungjawab saya lebih besar di sini, di rumah tempat asal-usul. 

Inilah hakikat kehidupan, tidak semestinya apa yang kita mahu kita akan dapat. Walaupun hasrat hati nak menetap di Gua Musang tapi ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Hati ini meyakini semua akan indah pada akhirnya.....In Shaa Allah.

Wednesday, June 19, 2013

Menyepi Untuk Sementara Waktu

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melihat dunia. Terlalu banyak cabaran yang mendatang dan Alhamdulillah ALLAH terus memberi kekuatan hari demi hari.....Subhanallah. 

Buat sahabat yang dikasihi.....blog ini akan menyepi untuk sementara waktu, beberapa hari mungkin. Ini kerana saya akan menghadiri satu bengkel di Melaka mulai esok (20-22 Jun 2013). Dalam masa beberapa minggu ni, saya banyak ke luar negeri.....2 kali ke Terengganu, 2 kali ke Putrajaya dan kali ini akan ke Melaka.....semuanya atas urusan peribadi dan kerja. Pendek kata tiada istilah hujung minggu untuk beristirehat.....In Shaa ALLAH lepas ni semuanya akan kembali seperti biasa. Kekuatan itu dari ALLAH.....jika terasa lemah kembalilah pada-NYA. Saya suka kata-kata Prof Muhaya....orang yang menjaga fikiran dia, orang berjaya.

Ok semua......jaga diri jaga iman.....semoga kita terus istiqamah.




Monday, June 17, 2013

Alas Perut Dulu

Bismillahirrahmanirrahim

Salam kasih sayang buat all readers.........semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam.....In Shaa ALLAH....

Sebelum start bekerja.....nak alas perut dulu....cukuplah dengan segelas milo panas dan 2 keping biskut......nanti kul 10 baru cari nasi hehe......bukan apa kalau perut dok kruk kruk nak buat keje pun x leh fokus kan.




Sunday, June 16, 2013

Coretan Hamba ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim






"Berjuang itu memang susah kerana syurga itu manis"


Aku menulis bukan untuk memberitahu aku baik tetapi aku menulis untuk memberitahu diri supaya menjadi baik. Aku bersuara bukan untuk menunjuk pandai tetapi aku bersuara untuk menegakkan kebenaran. Aku bukan sempurna, aku juga masih teraba-raba mencari hidayah ALLAH.

Dalam perjuangan pasti ada cabaran. Sedangkan laut pun bergelora, inikan pula kita manusia. Tidak kira apa cabaran pun. Tetapi bagaimana cara kita melihat cabaran itu dan bagaimana kita menanganinya dan cabaran ini berkait rapat dengan soal hati. Sakit hati, makan hati, berjauh hati semuanya memberi kesan negatif dan hanya akan melemahkan tubuh badan.

Hati yang tenang hanya dengan mengingati ALLAH......zikir, munajat, membaca dan memahami petunjuk kitab suci Al-Quranul Karim, berbuat baik kepada insan lain, membahagiakan orang lain akan memberi impak yang besar dalam mencari kebahagiaan. Kebahagiaan yang diredhai ALLAH.

Kadang-kadang kita merasakan hidup ini  terlalu kosong walaupun dikelilingi ramai insan. Itulah petanda hati ingin kembali kepada fitrah. Cuba renung kembali bayi itu fitrahnya bersih, suci tanpa dosa.....kita lahir dengan keadaan bersih dari segala kekotoran tetapi bila semakin besar, makin banyak titik-titik hitam dalam hati sehingga akhirnya ia menjadi gelap zulumat. Karat-karat hati ini perlu dibersihkan kembali. Kadang-kadang kita tidak sedar, dosa kecil tetapi jika selalu dibuat akan menjadi besar. Hati yang dahulunya putih bersih penuh dengan keladak. Maka ayuhlah sahabatku yang disayangi kerana ALLAH.....mari kita berjuang.....dunia ini hanya persinggahan....tidak mengapa dirimu ditinggalkan kerana ALLAH ada yang lebih baik untukmu. 

Bersusah dahulu bersenang kemudian, memang berkali-kali kita akan tersungkur tapi percayalah itulah tarbiyyah dari ALLAH. Melalui proses itu, hati kita akan hidup kerana sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Bersihkan hati, sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dan insan. Memang susah untuk bermujahadah tetapi percayalah satu saat nanti kamu akan tersenyum dengan janji-janji ALLAH buat mereka yang beriman dan beramal soleh. 


Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri - Nabi Muhammad SAW


"Jika kita inginkan kebahagiaan, berikan kebahagiaan itu kepada orang lain"






Muhasabah Diri

Bismillahirrahmanirrahim


Jika Tuhanku bertanya padaku
Tidak malukah kau bermaksiat pada-KU
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-KU
dan datang pada-KU dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah.......apakah ada daripada mereka yang akan menebusku
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan kujawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat ALLAH yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam Surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah)
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb.....seorang hamba datang bertaubat
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan Yang Maha Luas Pengampunan-Nya dan yang membimbingmu pada
kebenaran
Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban


* Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal (rahimullah) menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini. Moga ianya juga menjadi momentum ke arah muhasabah dan perubahan diri kita semua.


Friday, June 14, 2013

Orang Mukmin Yang Kuat

Bismillahirrahmanirrahim


Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi ALLAH dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada ALLAH dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: "kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini", tetapi katalah: "ALLAH telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya, maka Dia lakukan", kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. (Riwayat Muslim)

Thursday, June 13, 2013

Salam Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim


Salam jumaat semua.....hari yang mulia, hari  yang indah....hari yang tenang dan hari yang ceria.....Alhamdulillah.

Hari ni buat keje kat umah coz kena submit ke HQ hari ni jugak.......so x leh nk berblogging for a while......jumpa lagi......sayang kamu semua.

I love damai (mood teringat kedamaian di Kuala Koh.....miss that moment)

Wednesday, June 12, 2013

Beli Buku Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi balik kerja singgah kat SMO Kubang Kerian, dah aim nak beli buku apa. Maklumlah buku yang baru dibeli beberapa minggu lepas dah habis baca. Kali ni nak beli novel dan seperti biasa pilihan saya mestilah novel islamik. Buku-buku macam ni lebih banyak manfaatnya kerana isi kandungannya sentiasa menjurus kepada pengajaran islam yang indah.

Jeng jeng jeng masuk jer dalam kedai, mata ni terpandang sebuah buku yang saya cari di merata-rata tempat termasuklah sanggup ke MPH Alamanda minggu lepas tetapi HAMPA sebab tiada. So masuk SMO tanpa niat untuk mencari buku itu sebab orang cakap buku tu ada kat kedai buku yang besar-besar jer. Sebelum ni pun dah pernah cari di SMO tapi tiada. Apalagi terus ambik buku yang display haha.....dalam hati kata nak buat suprise kat Anis sebab dia pun dok cari-cari jugak buku ni. Tajuknya "Jurnal Inspirasi Diri Membina Anda Yang Baru Dalam Masa 40 Hari! oleh Prof. Dr. Muhaya binti Mohamad. Saya sangat meminati beliau kerana setiap kata-katanya mampu membuka minda dan menyuntik inspirasi.

Alhamdulillah akhirnya dapat gak buku ni....siapa sangka kan....inilah bukti kekuasaan ALLAH.....DIA tahu apa yang kita perlukan dan apa yang ada dalam hati kita....Subhanallah.



Alhamdulillah....dah dapat

Baru nak start baca

Hasil rembatan hari ini

Tuesday, June 11, 2013

Berjuang......Memang Susah

Bismillahirrahmanirrahim

Berjuang.......semua orang pernah berjuang tak kira kecil atau besar dugaan yang ditanggung. Selagi kita bernafas, selagi itu kita akan diuji. Tiada perkara yang senang dicapai dalam sekelip mata. Untuk mendapatkan sesuatu hasil yang membahagiakan pasti perlu menempuh onak dan duri. Saya banyak belajar dari ujian yang ALLAH beri. Semuanya untuk kebahagian hamba-hamba-NYA di dunia dan akhirat. Setiap apa yang berlaku pada kita datang beserta hikmah. ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pergilah bersembunyi di ceruk mana pun tetapi ALLAH tetap melihat luar dan dalam dirimu kerana semuanya berada dalam genggaman-NYA.....Subhanallah.

Hidup ini ada putarannya, ada masa kita ketawa riang dan mungkin dalam sekelip mata tawa itu hilang kerana datangnya duka. Dalam kita berjuang datang dugaan samada dari mereka yang tidak senang dengan perubahan kita ataupun dari sesiapa sahaja. Bagiku biarlah orang mengata apa saja yang mereka suka. Aku tak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Apa yang ada dalam hati aku......cukup hanya ALLAH yang tahu.



Perlukah aku menjelaskan segala-galanya kepada orang yang tak pernah mahu 'menilik' kesilapan sendiri dan hanya tahu menuding jari menyalahkan aku sepenuhnya? Perlukah aku mengambil peduli dengan kata-kata yang tidak masuk akal langsung? Perlukah aku menurut kata-kata yang tidak akan memberi manfaat padaku? The answer is NO!! segala yang berlaku telah mengubah aku menjadi lebih berani dan kuat......aku takkan sesekali mengalah seperti dulu. Aku tinggalkan segala-gala yang aku sayang.....peritnya hanya Tuhan yang tahu. Aku rindu diri aku yang dulu......amat-amat rindu.



Kini aku hanya mahu jalani hari-hariku dengan penuh ketenangan dan enggan peduli lagi masa lalu yang menyakitkan. The past is past.....no matter what.......i have to be strong!




Monday, June 10, 2013

"Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami"

Bismillahirrahmanirrahim


Sharing is caring....ini yang cuba saya amalkan, semoga ALLAH redha. Di bawah ini saya share sebuah 'bingkisan' buat semua muslimah yang dirahmati ALLAH. Ustazah Fatimah Syarha......saya memang meminati beliau sejak membaca novel islamik bertajuk 'Tautan Hati'.....novel yang membuka minda saya tentang indahnya takdir ALLAH bila bercinta kerana ALLAH. Memang itu yang saya harapkan, memegang prinsip hidup mahu bercinta selepas kahwin......In Shaa ALLAH. Semua yang berlaku sebelum ini merupakan 'teguran' dari ALLAH supaya saya kembali pada-NYA. Alhamdulillah ALLAH menyelamatkan saya dari terus terpedaya dengan cinta dunia. Jom sama-sama mengambil hikmah. 




 Saya bukan perempuan yang baik TETAPI saya berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah.....Ya ALLAH rahmatilah kami......kurniakan kami hidayah-MU.....kami rindu cinta-MU.....Amin Ya Rabbalalamin.





Sunday, June 9, 2013

Kawan dan Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Terkesan dengan motivasi pagi di radio Ikim.Fm pagi tadi....menceritakan tentang beza antara kawan dan sahabat....

KAWAN akan bersama kita sewaktu senang dan akan meninggalkan kita ketika susah tetapi SAHABAT akan bersama kita ketika senang dan susah

Alhamdulillah bersyukur masih punya sahabat sejati.....




Hati ini sayu mengenangkan sengsara di dalam perjuangan


Sunday, May 26, 2013

Mencari Diri

Bismillahirrahmanirrahim



Sepi malam itu mengingatkan dia pada sebuah memori......bukan memori indah tetapi sebuah memori pahit dan menyakitkan! Saat itu semua kenangan belayar di tubir mata....amat menyesakkan dada. Air mata luruh satu persatu....menginsafi kekhilafan diri. Bukan dia pinta semua itu terjadi.....tidak pernah! Segala prinsip hidup yang dipegang kemas sebelum ini rapuh hari demi hari, demi menjaga hati insan tercinta, tanpa menyedari diri telah tersasar jauh dari Tuhan.

Kini, dia sedar segala yang berlaku dulu ada hikmah yang amat manis. Dulu dia dihina, dicaci dan diperlakukan sesuka hati hingga hampir rebah meratap nasib sedangkan mereka tertawa bahagia. Luluhnya hati mu taktala dicaci maki....tiada guna pertahankan diri jika semua kesalahan diletakkan atas bahumu. Biarkan mereka.......bangkitlah, jangan pandang belakang lagi, ALLAH sayangkan kamu.

Jangan bazirkan air matamu hanya untuk meratapi cinta yang kecundang. Masih belum terlewat untuk kau bangkit, mengubah derita menjadi bahagia. ALLAH dah menjanjikan yang terbaik untukmu. Hiasilah malam-malam mu dengan munajat, merintih dan mengadu pada Kekasih Yang Maha Agung.

Mencari diri.....mencari bahagia....hanya dengan mencintai Pencipta kita. Doakan saja kebahagiaan mereka. Teruskan langkah mu, mantapkan mujahadah mu....istiqamahlah dalam mengerjakan kebaikan. ALLAH bersama mu, DIA tak pernah tinggalkan kamu sewaktu insan lain meninggalkan mu. Segala kepedihan lalu akan terubat bila hati redha. Malah kegembiraan akan mengisi hari-hari mu hanya dengan bersama ALLAH. 

Thursday, May 23, 2013

Tiada Duka yang Abadi

Bismillahirrahmanirrahim



Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup kan dijalani


Wednesday, May 22, 2013

Back to Normal

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah......terima kasih Ya ALLAH kerana memberi rezeki kelapangan masa untukku. Sejak bertugas di tempat baru ni, hanya hari ini aku benar-benar merasai apa itu nikmat bekerja tanpa 'tekanan'. Bukanlah bermaksud selama ini aku bekerja dalam keadaan tertekan tapi hari ini aku kembali pada tugas-tugas hakikiku cewah. Sebelum ni kerja-kerja hakikiku terpaksa ku tinggalkan  tangguhkan demi memberi laluan kepada tugas-tugas penting yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah semuanya dah settle, baru bleh rasa duduk-duduk santai tapi kerja still jalan ok hehe.

Sajer je nk bgtau......satu lagi sebab yang rasa selesa sekarang ni sebabnya ada sofa baru, tv baru, almari buku baru dan serba-serbi barulah hehe......kat pantry pun dah lengkap dengan kemudahan yang boleh dikira complete. Baru semangat nak kerja kan. 

Dan yang paling penting dah boleh balik awal cam biasaaaaaaa. Sebelum ni kalau kul 10 or 11 mlm kira biasa la tu....bg org lain mungkin awal lagi tu tp bagi aku itu dah dikira lewat. Sebabnya rumah aku agak jauh dengan opis....kalau drive hampir sejam gaklah, dah la malam drive sorang-sorang......lalu plak kawasan yang agak 'keras'.....mau taknya aku pecut hehe. Hari ini dalam sejarah sebab aku punch card tepat kul 17.00 sampaikan ada yang tegur aik awal hari ni......aku pun jawablah x mainlah lewat-lwat skrg ni (poyo kan).

Aku sampai rumah pun awal dah.......adalah masa nk sembang-sembang ngan family..........baca novel.......layan citer cket2 (x brp minat tgk tv) n tido pun cukup. Tak lama lagi In Shaa ALLAH aku akan menggalas satu lagi tanggungjawab.......sebagai pelajar PJJ. Semoga semuanya akan dipermudahkan.....Amin.

8 Cara Menarik Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim


Meh kita pakat-pakat amalkan cara ini. Artikel ni diambil semasa tazkirah pagi di radio Ikim.Fm pagi tadi oleh Ustaz Zahazan. 8 cara menarik rezeki:

  • Beriman kepada ALLAH
  • Ada ilmu contohnya tangan kita, jika ada kemahiran memasak kita boleh gunakan untuk berniaga makanan
  • Berusaha bersungguh-sungguh (kalau malas camana nak dapat rezeki kan)
  • Berdoa (Mintalah pada ALLAH agar diberikan rezeki)
  • Bersabar 
  • Bertawakkal
  • Kembalikan harta kepada ALLAH (maksudnya dengan bersedekah kepada orang lain.....In Shaa ALLAH, ALLAH akan memberikan rezeki kepada kita)
  • Yakin dengan usaha kita

* Alhamdulillah hari ini murah rezeki........setelah bergotong-royong kemas pejabat 
(pra 5s)....Ustaz Razak belanja makan pizza hut .....terima kasih Ustaz.....lainkali belanja lagi hehe






Sunday, May 19, 2013

Tuhan.......Kuatkan Daku

Bismillahirrahmanirrahim




Tuhan kuatkan aku, lindungiku dari putus asa

Tiada daya upaya melainkan kembali pada ALLAH
Merintihlah pada-NYA
DIA Maha Mendengar segala keluh resahmu
Aku bukan sempurna
Diriku penuh dengan kekurangan
Kadang aku jua yang menanggung salah
Sedangkan telah kucuba sedaya mungkin
Tidak ku peduli letihnya bahu memikul
Tidak kupeduli lelahnya aku
Berusaha menyempurnakan tugas sebaik mungkin
Namun ini yang kuterima.......sungguh aku lemah Ya ALLAH
Ujian demi ujian mendatang
Menangisnya hati ini tiada siapa peduli
Hanya Engkau Yang Memahami
Pangkat dan kuasa menjadi sandaran
Aku redha Ya ALLAH
Sinarilah hati ini dengan kesabaran
Perjuanganku takkan berhenti dengan mudah


Friday, May 17, 2013

Edcoustic

Bismillahirrahmanirrahim


Edcoustic




Hari ni just nk cerita pasal ke 'minatan' pada lagu nasyid Edcoustic. Group nasyid dari Bandung ini dinggotai seramai hanya dua orang sahaja iaitu Aden dan Eggy. Sungguh pada saya, pertama kali mendengar lagu 'Muhasabah Cinta' terus hati ini terpaut.....then mulalah godek-godek youtube.........and finally terus jatuh hati dengan hampir kesemua lagu-lagunya. Mana taknya setiap lirik dan melodinya sangat touching (pada sayalah). Lagu-lagu mereka memberi lebih semangat untuk terus bangkit. Jom tengok senarai lagu-lagunya yang sangat menyuntik motivasi.

                                                             Muhasabah Cinta

             

Jalan Masih Panjang


Duhai Pendampingku


Sebiru Hari ini


Berubah


Nantikanku di batas waktu

Menjadi diriku

Aku ingin mencintai-MU

7 Syurga

Sendiri Menyepi

Kamisama (Lagu Jepun)




Thursday, May 16, 2013

Riang Ria Aisyah dan Muafah


Bismillahirrahmanirrahim

Aisyah Mardhiyah dan Awfiyah Muafah........telatah kamu berdua sungguh menghiburkan. Terserlah sifat prihatin dan kasih sayang dalam diri Kak Aisyah pada adik Muafah. Sungguh besar kuasa ALLAH yang menciptakan makhluk-NYA dengan sebaik-baik kejadian. Tak sabarnya menantikan kepulangan si cilik berdua ni. Jom tengok gelagat mereka berdua :)

Nak jugak riba adik:)

Sayang kamu

Bagus dah tolong susukan adik tapi mata ke lain plak

Setia di sisi adik


Nak bergurau ngan adik

Dapat makanan senyaplah

Jangan kacau.....nak makan ni

Aisyah........berseleranya kamu