Tuesday, July 2, 2013

Monolog (Aku Dilanda Rindu)

Bismillahirrahmanirrahim

Malam ini......hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Alhamdulillah....Allahuakbar. Gejolak hati pun seakan-akan mahu mencurah namun cuba ku bertahan, aku mahu kuat dan terus kuat. Ya Allah, hanya Engkau yang memahami dasar hatiku ini, apa yang sebenarnya aku mahukan. Engkau sajalah yang tahu betapa aku telah mencuba sedaya upayaku untuk me'nyuci'kan diriku yang berdosa ini. Semakin jauh ku dari-Mu semakin dekat Engkau mendekatiku. Aku tahu perjuangan ini bukan mudah.....onak dan duri sentiasa bersama seiring dengan perjuangan. Kadang aku kuat kadang aku lemah. 

Aku rindu, teramat rindu........rindu pada cebisan kenangan 10 tahun yang lalu. Betapa aku inginkan kenangan itu berulang kembali....aku rindu tudung labuhku, aku rindu usrahku, aku rindu menjebakkan diri dalam program-program amal, aku rindu bersama sahabat-sahabatku. Kenapa sekarang aku tinggalkan semua itu? Ya Allah, tolong daku....aku ingin kembali ke jalan-Mu, aku rindukan diri aku yang dulu.


No comments:

Post a Comment