Sunday, June 16, 2013

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmanirrahim


Jika Tuhanku bertanya padaku
Tidak malukah kau bermaksiat pada-KU
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-KU
dan datang pada-KU dengan penuh dosa
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah.......apakah ada daripada mereka yang akan menebusku
Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan kujawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat ALLAH yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam Surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah)
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka Ya Rabb.....seorang hamba datang bertaubat
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan Yang Maha Luas Pengampunan-Nya dan yang membimbingmu pada
kebenaran
Aku telah datang pada-Mu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban


* Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal (rahimullah) menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini. Moga ianya juga menjadi momentum ke arah muhasabah dan perubahan diri kita semua.


No comments:

Post a Comment