Saturday, February 16, 2013

My New

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan izin-NYA jua dapat juga kembali menulis di blog yang x seberapa ni. Dah lama sangat tinggalkan dunia penulisan di blog yang x seberapa ni. Mudah-mudahan kali ni dapat kembali menulis dengan harapan sedikit sebanyak memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain.....Amin.

Sedar x sedar dah hampir 6 bulan saya bertugas di tempat baru....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun bagiku ianya agak mencabar kerana berdepan dengan tugas yang agak 'berat' namun bagiku ianya satu pengalaman yang amat berharga kerana tidak semua orang berpeluang merasainya hehe. Sepintas kenangan, saya amat-amat bersyukur kerana sepanjang hampir 9 tahun berkhidmat, saya dah berpeluang merasai pelbagai suasana tempat kerja. Bermula dengan berkhidmat di sebuah Kementerian di Bandaraya Kuala Lumpur yang mana setiap hari perlu berhimpit-himpit untuk menaiki LRT dan kemudiannya terpaksa bersesak-sesak menaiki bas untuk ke tempat kerja.....sangat2 memenatkan. Kemudian bertukar ke sebuah Jabatan yang terletak betul-betul di dalam hutan. Yang ni betul-betul mencabar ketabahan diriku hehe, mana x nya kat sini saya lah satu-satunya staf perempuan, terpaksa pula tinggal di kuarters sorang-sorang....masa ni terfikir camanalah nk kerja nanti dengan staf lelaki semuanya, dahlah kategori pemalu hehe. Tapi apa yang bestnya nk ke tempat kerja jalan kaki je sambil menghirup udara segar dan menyegarkan mata dengan pemandangan menghijau. No jammed, no bising-bising kenderaan.....only you and nature. Keretaku hanya diguna time balik kampung n keluar ke bandar je (jimat minyak hehe).

Then pindah ke bandar yang tengah membangun, terpaksa guna kereta namun hanya 5 minit je perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja and now sangat-sangat mencabar. Bila pindah ke pusat bandar ni biasalah x leh lari dari jammed. Kadang-kadang teringat kenangan masa kerja di tempat lama. Sayang untuk tinggalkan tempat tu kerana hati ni telah jatuh sayang dengan tempat itu tapi nk buat macamana, diri ni x begitu tabah untuk berdepan dengan dugaan 'besar' di sana. Terlalu banyak yang dikorbankan semata-mata untuk kebaikan orang lain. Tapi biarlah, semua rasa duka itu saya pahat kemas-kemas dalam hati ini semoga ALLAH beri yang terbaik untuk semua. Perkara yang sebenarnya cukuplah bagiku ALLAH saja yang tahu. Apa yang penting sekarang teruskan hidup dan baiki segala kekurangan diri, cuba untuk menjadi seorang muslimah yang taat pada perintah ALLAH dan tinggalkan segala larangan-NYA....In Shaa ALLAH.

Apapun yang terjadi, saya sangat-sangat bersyukur kerana tanpa pengalaman 'pahit' itu, saya x kan setabah hari ini. Setiap kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan itu ternyata membawa seribu hikmah kerana tanpa pengalaman itu, mungkin saya terus hanyut dengan dunia khayalan.....ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, diberikannya kita ujian demi ujian untuk kita melihat kesilapan diri sendiri dan membaikinya untuk menjadi lebih baik.