Wednesday, June 12, 2013

Beli Buku Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Petang tadi balik kerja singgah kat SMO Kubang Kerian, dah aim nak beli buku apa. Maklumlah buku yang baru dibeli beberapa minggu lepas dah habis baca. Kali ni nak beli novel dan seperti biasa pilihan saya mestilah novel islamik. Buku-buku macam ni lebih banyak manfaatnya kerana isi kandungannya sentiasa menjurus kepada pengajaran islam yang indah.

Jeng jeng jeng masuk jer dalam kedai, mata ni terpandang sebuah buku yang saya cari di merata-rata tempat termasuklah sanggup ke MPH Alamanda minggu lepas tetapi HAMPA sebab tiada. So masuk SMO tanpa niat untuk mencari buku itu sebab orang cakap buku tu ada kat kedai buku yang besar-besar jer. Sebelum ni pun dah pernah cari di SMO tapi tiada. Apalagi terus ambik buku yang display haha.....dalam hati kata nak buat suprise kat Anis sebab dia pun dok cari-cari jugak buku ni. Tajuknya "Jurnal Inspirasi Diri Membina Anda Yang Baru Dalam Masa 40 Hari! oleh Prof. Dr. Muhaya binti Mohamad. Saya sangat meminati beliau kerana setiap kata-katanya mampu membuka minda dan menyuntik inspirasi.

Alhamdulillah akhirnya dapat gak buku ni....siapa sangka kan....inilah bukti kekuasaan ALLAH.....DIA tahu apa yang kita perlukan dan apa yang ada dalam hati kita....Subhanallah.



Alhamdulillah....dah dapat

Baru nak start baca

Hasil rembatan hari ini

2 comments: