Friday, July 12, 2013

Ramadan Tiba Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Marhaban ya Ramadan, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadan ini. Betapa bulan ini amat-amat dinantikan. Bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda bagi hamba-hamba yang mengerjakan amal soleh. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan ini....kerana keindahan itu ingin kurasakan. 

Alhamdulillah juga Ramadan kali ini saya dapat bersama keluarga tersayang setelah sekian lama di perantauan (macam la jauh sangat). Syahdu je rasa bila teringat kenangan berpuasa di Gua Musang, banyak kenangan manis yang dilalui bersama Nurul, Mokta, Kak Ita dan housemate Kak Aya n Kak Muni. Apapun kita harus bersyukur dengan apa yang ada sekarang, bukan mengenang angan-angan yang hanya menyisakan harapan yang tidak berkesudahan.

Hari ini 3 Ramadan 1434H bersamaan hari jumaat, hari cuti di negeri Kelantan. Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga dan sama-sama menyediakan juadah berbuka. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita. Segala amalan yang kita lakukan hendaklah diteruskan sehingga ke bulan-bulan lain. Jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh/solehah. Buat semua yang mengenali, saya mengambil kesempatan untuk meminta ampun dan maaf atas segala perkataan/perlakuan yang menyakitkan hati samada secara sedar atau tidak, mohon juga dihalalkan segala-galanya kerana apapun yang terjadi kita tetap saudara seagama. Leraikan dendam salurkan kemaafan......saya sayang anda semua.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan, lafazkan kesyukuran di atas segala nikmat ALLAH, semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang berjaya.

No comments:

Post a Comment