Saturday, May 14, 2016

ADA APA DENGAN GUA MUSANG PART 1

Disebabkan Gua Musang ni ada sejarah silam buat aku so ada entry khas untuknya
.
.
.
.
.
.
.

2016 cukup 4 tahun aku tinggalkan Gua Musang
Ada apa dengan Gua Musang?
Bagi aku GM tempat aku belajar 'hidup'
Bukanlah maksud kat tempat lain aku tak happy tapi entahlah aku rasa GM sangat istimewa untuk aku

Dari dulu lagi setiap kali melalui GM tuk balik kampung, aku selalu cakap kat member bestnya duk GM, sekali aku dapat tukar ke Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang. Apalagi bantai la aku kena gelak nga member aku tu siap cakap tulah suka sangat dengan GM kan kena duk GM.

Tapi ada aku kesah sebab aku sendiri memang suka ngan GM ni, tak taulah kenape mungkin sebab aku suka dengan pemandangan gunung-ganang kot (aku kan pencinta alam) hahahahaha. So bermula 2006 - 2009 kisah suka duka bermula. Kali pertama sampai kat Kuala Koh seluruh family aku terkejut melihat suasana kat sana, nak tengok rumah orang kampung memang taklah, yang ada hanya hutan belantara dan aku pulak kena dok kuarters sorang-sorang sebab aku jer satu-satunya staff perempuan kat sana (pelik la jugak nape aku seberani itu kuang kuang).

Bila dah namanya sorang perempuan kat dalam hutan nun pandai-pandaila bawak diri kan. Duk opis sorang, rumah pun sorang, bukak puasa dan sahur pun sorang-sorang huhu. Jenis aku pulak tak berapa suka makan kat kantin, aku lebih suka masak sendiri dan aku selalu kirim bahan-bahan mentah kat member opis tu bila diaorang keluar ke bandar. Masak sendiri puas hati biarpun simple. Kadang aku join gak berbuka ngan diaorang. Paling best kalau musim buah, tak habis makan la durian, rambutan, cempedak, mangga semua tu....

Kat sini aku belajar berkawan dengan lelaki, yerlah aku kan pemalu cket haha. Lagipun kebanyakannya sebaya dengan aku so agak bleh kamcing la. Paling best bila ikut diaorang naik bot dan menyelusuri sungai, Memang kena ah dengan jiwa aku yang sukakan alam ni kuang kuang. 

Kat Kuala Koh jugak aku ambil keputusan untuk mengambil lesen kereta. Tu pun sebab aku kesian kat diaorang yang kena hantar dan ambik aku kat jalan besar yang mana jaraknya 1 jam perjalanan melalui ladang kelapa sawit untuk menaiki bas balik ke KB. Aku tak nak lah menyusahkan sesiapa. Aku hanya belajar memandu pada hujung minggu sahaja kat KB. Maklumlah jauh kan. Alhamdulillah lepas dapat lesen terus beli kereta...

To be continue.....

Tuesday, July 21, 2015

SALAM AIDILFITRI 1436H

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Aidilfitri 1436H

Masih lagi dalam mood raya walaupun dah start bekerja. Semangat menulis dah kembali dan banyak cerita nak luah kat sini tapi biarlah slow-slow kan...mana boleh buat serentak nanti cepat hilang mood plak.

Sempena kembalinya tuan blog ni.....saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN' kepada semua yang mengenali semoga bertemu kembali dengan Ramadan yang indah....Allahumma Aamiin.

Wednesday, July 31, 2013

Teringin Sangat

Bismillahirrahmanirrahim

Ya ALLAH.........teringin sangat.......apa kes ni Cikdaa oooooiiiiiii.......teringin mendanyer......meh nak habaq sat......saya teringin sangat-sangat nak memiliki ini


Yabedabedu.....inilah album terbaru kumpulan Hijjaz.....JANJI......seperti biasa Hijjaz tak pernah mengecewakan......lagu-lagunya sangat meyentuh hati ini. Saya meminati Hijjaz sejak dulu lagi.....(Mood: rindu sahabat yang sama-sama meminati Hijjaz dan sentiasa menemani saya setiap kali pergi tengok show Hijjaz).

Sape yang bermurah hati nak bagi saya album ni? Hehe....just kidding.......hasrat hati nak memiliki juga album ni satu hari nanti.....In Shaa ALLAH.

Lagu yang saya letak dalam blog ni pun merupakan salah satu lagu yang ada dalam album JANJI.

Saturday, July 27, 2013

Bila Waktu Telah Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah masuk hari ke-19 kita berpuasa di bulan Ramadan 1434H. Semoga amalan kita diterima ALLAH.....Amin Ya Rabbalalamin.

Lama saya tak menulis, bukan kekeringan idea namun ada beberapa faktor yang menyebabkan saya break sekejap. Mengejar waktu yang tinggal lebih kurang dua minggu lagi untuk menyiapkan kesemua tugas-tugas yang ada sebelum saya bercuti panjang selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Perancangan harus dibuat dengan teliti dan rapi supaya sampai saatnya nanti semua diharap berjalan dengan tenang.....In Shaa ALLAH. Bukan mudah untuk menggalas pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama. Persediaan mental dan fizikal sangatlah penting. Semoga ALLAH permudahkan.....Amin Ya Rabbalalamin.

Back to the topic, hari ini saya terpanggil untuk membicarakan sesuatu sebagai peringatan kepada diri sendiri yang mudah alpa dan lalai, juga buat semua pembaca yang dirahmati ALLAH. Berbicara soal hidup dan mati ini sudah sering kita dengar, tetapi sejauh mana kita membawa peringatan itu dalam kehidupan seharian kita. Masa yang ada 24 jam sehari itu adakah betul-betul kita manfaatkan? Ya ALLAH, jika dihitung kembali sepanjang usia ini, hampir 30 tahun dipinjamkan nyawa oleh ALLAH di dunia ini.....rasanya tidak ada sedikit pun waktu yang benar-benar terisi dengan kebaikan, rasa macam Ya ALLAH.....betapa sia-sia usia aku selama ini. Betapa aku benar-benar alpa bahawa kehidupan di dunia hanya sementara sahaja......sementara.

Bila melihat jenazah dikebumikan, rasa insaf datang tapi hanya sekejap sahaja, mudah benar manusia lupa. Mencari jalan pulang......itu yang sebaiknya. Dugaan yang ALLAH beri itu sebenarnya berisi hikmah tersendiri jika kita orang yang berfikir menggunakan akal dan hati. Tak dinafikan pancaroba dunia hari ini menyumbang pelbagai budaya negatif yang menyimpang jauh dari agama.....kesucian agama dipermain-mainkan sewenangnya....Astaghfirullahalazim.

Saya sendiri pernah diuji, kadang-kadang hampir rebah, menangisi nasib, kenapa aku begini, kenapa begitu......pernah hilang semangat, pernah melalui episod duka tetapi sebenarnya pada masa itu, ALLAH sedang menurunkan rahmat-Nya......di kala kita dilanda kesedihan dan kelukaan, ALLAH bagi petunjuk dan kesedaran supaya kita kembali kepada-Nya. Selama ini kita hidup dengan bergelumang dosa, ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang menarik kita kembali ke jalan yang benar, bukankah ini bukti ALLAH sayangkan kita? DIA tidak mahu melihat kita terus tersasar.....Subhanallah.




NIKMAT..............jika mahu menghitung nikmat yang ALLAH bagi, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Hari demi hari berlalu, usia terus meningkat, ajal semakin mendekat, aku tidak mahu nyawa diambil taktala diri sedang berdosa. Bila-bila masa ajal akan menjemput. Bila waktu telah berakhir.......penyesalan sudah tidak berguna. Bila hidayah datang menerpa.....jangan sesekali sia-siakan.



Ya ALLAH........tetapkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman. Tunjukilah kami jalan yang lurus....Amin Ya Rabbalalamin.

Friday, July 12, 2013

Ramadan Tiba Lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Marhaban ya Ramadan, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadan ini. Betapa bulan ini amat-amat dinantikan. Bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda bagi hamba-hamba yang mengerjakan amal soleh. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan ini....kerana keindahan itu ingin kurasakan. 

Alhamdulillah juga Ramadan kali ini saya dapat bersama keluarga tersayang setelah sekian lama di perantauan (macam la jauh sangat). Syahdu je rasa bila teringat kenangan berpuasa di Gua Musang, banyak kenangan manis yang dilalui bersama Nurul, Mokta, Kak Ita dan housemate Kak Aya n Kak Muni. Apapun kita harus bersyukur dengan apa yang ada sekarang, bukan mengenang angan-angan yang hanya menyisakan harapan yang tidak berkesudahan.

Hari ini 3 Ramadan 1434H bersamaan hari jumaat, hari cuti di negeri Kelantan. Inilah masanya untuk berkumpul bersama keluarga dan sama-sama menyediakan juadah berbuka. Semoga Ramadan kali ini memberi seribu makna buat kita. Segala amalan yang kita lakukan hendaklah diteruskan sehingga ke bulan-bulan lain. Jadikan Ramadan ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh/solehah. Buat semua yang mengenali, saya mengambil kesempatan untuk meminta ampun dan maaf atas segala perkataan/perlakuan yang menyakitkan hati samada secara sedar atau tidak, mohon juga dihalalkan segala-galanya kerana apapun yang terjadi kita tetap saudara seagama. Leraikan dendam salurkan kemaafan......saya sayang anda semua.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan, lafazkan kesyukuran di atas segala nikmat ALLAH, semoga kita tergolong dalam kalangan umat yang berjaya.

Tuesday, July 2, 2013

Monolog (Aku Dilanda Rindu)

Bismillahirrahmanirrahim

Malam ini......hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Alhamdulillah....Allahuakbar. Gejolak hati pun seakan-akan mahu mencurah namun cuba ku bertahan, aku mahu kuat dan terus kuat. Ya Allah, hanya Engkau yang memahami dasar hatiku ini, apa yang sebenarnya aku mahukan. Engkau sajalah yang tahu betapa aku telah mencuba sedaya upayaku untuk me'nyuci'kan diriku yang berdosa ini. Semakin jauh ku dari-Mu semakin dekat Engkau mendekatiku. Aku tahu perjuangan ini bukan mudah.....onak dan duri sentiasa bersama seiring dengan perjuangan. Kadang aku kuat kadang aku lemah. 

Aku rindu, teramat rindu........rindu pada cebisan kenangan 10 tahun yang lalu. Betapa aku inginkan kenangan itu berulang kembali....aku rindu tudung labuhku, aku rindu usrahku, aku rindu menjebakkan diri dalam program-program amal, aku rindu bersama sahabat-sahabatku. Kenapa sekarang aku tinggalkan semua itu? Ya Allah, tolong daku....aku ingin kembali ke jalan-Mu, aku rindukan diri aku yang dulu.


Sunday, June 30, 2013

Jendela Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini 

Aku ingin..ingin kedamaian ini kekal bertamu dalam hati..Ya Allah....kurniakanlah padaku teman-teman yang membawaku ke jalan-Mu.....Amin.