Monday, June 11, 2012

Cuti-cuti Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim

Baru ada mood nk bercerita pasal percutian ke Terengganu selama 3 hari 2 malam (18-20 Mei 2012). Sebenarnya dah banyak kali percutian kami ditangguhkan ekoran kesibukan saya dengan urusan kerja sampaikan Jumaat Sabtu pun kena kerja, tapi takpelah demi negara kan, lagipun bila keje dah settle baru best nk pi joli holiday kan hehe. Tunggu punya tunggu akhirnya dapat tarikh yang betul2 sesuai untuk kami bertiga. Pada mulanya kami (saya, nurul dan kak ta) rancang nk bertolak petang khamis tu tapi rasa letih la plak, tambah-tambah setiap hari khamis tu ada lambok (pasar malam) kat Gua Musang, saya dan nurul rancang nk pi lambok dulu, lgpun kawan saya kak ta berniaga makanan kat lambok setiap hari khamis. So kami decided bertolak pagi jumaat.... mlm tu kitaorg lepak kedai kak ta sambil bincang2 agenda percutian kami. 

Pagi jumaat tu bermulalah pelayaran perjalanan kami ke Kuala Terengganu. Kami akan bermalam di rumah da merangkap ahli rombongan kami disebabkan da sudah menetap di Terengganu. Syukur ada member yang bleh jadi guide kami hehe. Sampai sana dalam kul 2 ptg.....rehat2 sampai ketidoran, bangun2 mandi, solat dah segar semua kami terus bertolak ke bandar KT untuk ronda2 dan malamnya makan ikan bakar di Kelulut...k jom layan gambar

Senja dah
Dua org ni x leh dipisahkan
Bff.......semoga persahabatan kita kekal walaupun bakal berjauhan huhu
I-Cty  versi Terengganu
Makan2 tepi pantai
Menghayati ciptaan ALLAH S.W.T

Part yang plg best dlm percutian ni masa malam terakhir kitaorg sblm balik gm.....lepas makan kami ke pantai Batu Burok....Alhamdulillah cuaca baik sangat, deru ombak berbumbungkan langit yang dihiasi bintang-bintang, angin sepoi2 amat mendamaikan. Kami berempat menghabiskan masa di tepi pantai sambil bercerita apa saja....yelah peluang begini susah nk dapat kan, masing2 sibuk dengan urusan, so masa ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami. Takpelah semoga diberi peluang sekali lagi untuk kami berjumpa mcm ni......Amin.

Aisyah Mardhiyah

Assalamualaikum

Aisyah Mardhiyah......cantik kan nama ni hehe....bukan apa.....saje nk coret2 tentang anak buah kesayangan saya ni. Saat ni rasa rindu sangat2 kat dia..terbayang-bayang keletah dia....sejak koho besar ni banyak benda yg Aisyah dah belajar...seronok tgk dia membesar dengan sempurna.....Alhamdulillah. Jom layan gambar budak ni....

Shaye dah besar

Apa tgk2

Berat x Aisyah (tanye ayah)

Shaye nk jd budak pandai....InsyaALLAH

Sekarang ni Aisyah ada kat kampung.....bercuti tanpa gaji selama sebulan hehe.....xlah Aisyah saje jer nk relax kat kampung kan......bleh main ayam itik lembu semua hehe....oklah Cikdaa akan sentiasa meyayangi Aisyah......take care yer sayang.

Saturday, June 9, 2012

Hari ini, esok dan seterusnya

Assalamualaikum

Pernah x anda semua merasai satu saat yang paling perit dan x tertanggung untuk dihadapi? Tentu pernah kan. Memang itu lumrah hidup kita, ada masa suka, ada masanya kita berduka. Kadang-kadang bila musibah menimpa, kita seringkali menyalahkan keadaan sehingga terlupa mungkin semuanya berpunca dari diri sendiri. Tak ada manusia yang x menginginkan kebahagiaan dalam hidup, jadi bila kecewa mendatang, ia seolah-olah tidak mempunyai semangat lagi. Semuanya dirasakan telah musnah, segalanya seolah x bermakna lagi.

Adakalanya sesuatu peristiwa ataupun kenangan pahit boleh mengubah sikap seseorang. Mungkin dulu dia seorang yang baik dan sentiasa menjaga hati orang tetapi bila terjadi sesuatu perkara dalam hidupnya, dia akan berubah menjadi seorang yang panas baran dan sering menyakiti hati orang lain. Kenapa ini terjadi? Kerana dalam hatinya belum redha sepenuhnya akan ketentuan ALLAH. La Tahzan......kata-kata ini sering kita dengar, tapi adakah kita sudah benar2 bersedia mengaplikasikan kata-kata nasihat ini? Bangunlah wahai hati yang sedang gundah, bukalah matamu seluas2nya, lihatlah betapa di sekeliling mu ramai insan yang masih meyayangimu.

Hari ini, engkau kecewa tapi kekecewaan itu bukan untuk selama2nya......esok masih ada untukmu. Cinta manusia itu biarlah ia hilang asalkan engkau tidak kehilangan cinta ALLAH. Yakinlah yang perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk mu. Jangan ditangisi kelukaan itu kerana hidupmu di dunia ini hanya sementara.......carilah kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak....InsyaALLAH. Bangunlah dari tidurmu yang panjang, ayuh bangkitkan semula semangatmu yang telah hilang. Pedih memang pedih bila mengenangkan kesakitan itu tapi percayalah.......pintu bahagia sentiasa terbuka untuk hati-hati yang inginkan cinta ALLAH.