Wednesday, May 22, 2013

Back to Normal

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah......terima kasih Ya ALLAH kerana memberi rezeki kelapangan masa untukku. Sejak bertugas di tempat baru ni, hanya hari ini aku benar-benar merasai apa itu nikmat bekerja tanpa 'tekanan'. Bukanlah bermaksud selama ini aku bekerja dalam keadaan tertekan tapi hari ini aku kembali pada tugas-tugas hakikiku cewah. Sebelum ni kerja-kerja hakikiku terpaksa ku tinggalkan  tangguhkan demi memberi laluan kepada tugas-tugas penting yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah semuanya dah settle, baru bleh rasa duduk-duduk santai tapi kerja still jalan ok hehe.

Sajer je nk bgtau......satu lagi sebab yang rasa selesa sekarang ni sebabnya ada sofa baru, tv baru, almari buku baru dan serba-serbi barulah hehe......kat pantry pun dah lengkap dengan kemudahan yang boleh dikira complete. Baru semangat nak kerja kan. 

Dan yang paling penting dah boleh balik awal cam biasaaaaaaa. Sebelum ni kalau kul 10 or 11 mlm kira biasa la tu....bg org lain mungkin awal lagi tu tp bagi aku itu dah dikira lewat. Sebabnya rumah aku agak jauh dengan opis....kalau drive hampir sejam gaklah, dah la malam drive sorang-sorang......lalu plak kawasan yang agak 'keras'.....mau taknya aku pecut hehe. Hari ini dalam sejarah sebab aku punch card tepat kul 17.00 sampaikan ada yang tegur aik awal hari ni......aku pun jawablah x mainlah lewat-lwat skrg ni (poyo kan).

Aku sampai rumah pun awal dah.......adalah masa nk sembang-sembang ngan family..........baca novel.......layan citer cket2 (x brp minat tgk tv) n tido pun cukup. Tak lama lagi In Shaa ALLAH aku akan menggalas satu lagi tanggungjawab.......sebagai pelajar PJJ. Semoga semuanya akan dipermudahkan.....Amin.

No comments:

Post a Comment