Sunday, June 30, 2013

Jendela Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini 

Aku ingin..ingin kedamaian ini kekal bertamu dalam hati..Ya Allah....kurniakanlah padaku teman-teman yang membawaku ke jalan-Mu.....Amin.

Tuesday, June 25, 2013

Maafkanlah - Bahagiakan Dirimu!!

Bismillahirrahmanirrahim



Aku tak kan maafkan kau sampai bila-bila!! 
Pernah tak kita bertindak macam ni? Tak dinafikan bila kemarahan kita sampai kemuncak, luka di hati berdarah-darah..akhirnya keluarlah ayat macam ni. Muslimahku sayang, jangan....jangan menodai hati kita dengan menyimpan dendam dan amarah. Allah itu Maha Pengampun, mengapa kita perlu mengatasi ALLAH....Nabi pun ampunkan umatnya.

Bukan mudah untuk melupakan semua yang terjadi, yang telah merobekkan hati kita. Tetapi masa telah merawat duka itu. Berilah maaf......lupakanlah semuanya kerana itu pengajaran dan hikmah. Jujur pada diri sendiri, mampukan kita mengecap bahagia andai di hati masih menyimpan marah? 



Allah suka orang yang pemaaf.....damaikanlah mereka yang bertelingkah. Hatimu Allah yang pegang.....serahkan hatimu pada Allah. Indahnya alam ini bila semua makhluk tersenyum. Alhamdulillah saya telah memaafkan semua yang telah menyakiti selama ini. Tiada sekelumit pun rasa marah kerana saya hanya ingin redha Allah. Dan saya sedar untuk apa meratapi kekecewaan, untuk apa mengingati 'perbuatan' yang menyakitkan dan untuk apa menyakitkan diri dengan kata-kata mereka. Jangan memikirkan apa yang mereka kata buruk-buruk tentang kamu kerana merekalah orang yang rugi.

Semoga Allah menetapkan hati kita untuk berubah ke arah kebaikan. Lupakanlah semuanya, maafkanlah, berkasih-sayanglah sesama kita. Ingat......akhirat itu matlamat kita, tentu kita mahu jumpa ALLAH dengan keadaan tersenyum kan. Ya Allah, rindunya aku pada-Mu...terimalah hamba-Mu ini.


Singkirkan emosi negatif dalam dirimu, buangkanlah egomu, pandanglah semua mahkluk Allah ini dengan pandangan kasih-sayang, bukan kebencian. Berdoalah seikhlas hati supaya Allah memberi hidayah kepada mereka yang menyakitimu. Bantulah mereka kembali kepada fitrah. Jangan sesekali mudah menuding jari menyalahkan mereka sebaliknya muhasabahlah diri kita sendiri kerana mungkin dari sikap kita, mereka terasa....renung-renungkan.


Lambaian hatiku : Saya sayang kamu semua duhai saudaraku.....ana uhibbukum fillah.....mawaddah wa rahmah

Saya ingin menjalani hari-hari dengan penuh ketenangan dan kedamaian.....semuanya telah terlerai, tidak tertinggal sikit pun sisa kemarahan.....semuanya telah lebur.........selamat tinggal masa lalu, selamat datang kebahagiaan.....Alhamdulillah.







Sunday, June 23, 2013

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim


Wahai Tuhan yang Maha Pemurah

Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan
Aku kan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Kata-kata cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku, sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku. Ya Allah sungguh aku lemah tanpa-Mu...seringkali aku tewas, seringkali aku jatuh namun ku bangun semula.....bantulah hamba yang hina ini Ya Allah, hanya redha-Mu yang ku damba. Semua yang ada ini milik-Mu, aku hanya mahu secebis ketenangan, igin merasai kasih sayang hamba yang mencintai-Mu dan membawaku mencintai-Mu.

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang, andai bisa ku kembali hapus semua pedih........

I'm Back

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah menempuhi perjalanan selama 10 jam, tepat jam 12.00 tengah malam saya selamat sampai ke rumah. Terima kasih abe driver sebab hantar sampai depan rumah. Bila masuk bilik sendiri baru terasa kepenatan yang amat, no time for myself....kesian wahai diriku.....sabar yer, nanti kita refresh balik. Sabar itu kan INDAH.

Tak sangka bengkel yang saya hadiri ni sangat menyeronokkan."Bengkel Penulisan dan Penyuntingan Kreatif"....lari ckit dari skop tugas but i'm so excited coz memang kena dengan minat hehe. Overall this course is very good....penceramah dan peserta pun very friendly and sporting. Kami kursus secara santai je. Bila masuk bengkel ni baru kita tahu rupanya banyak kesilapan yang sering kita buat dalam penulisan seperti surat, memo, minit mesyuarat dan sebagainya. Sebagai contoh perkataan tengah hari, sering kita tulis dekat tengahari tapi yang betulnya tengah hari.


Back to the story, kami bertolak dari Hotel Sentral, Melaka kul 2 petang. Sampai Merapoh, abe driver kata nak makan mee di Fz Mee kat Gua Musang (dup tersentak) sebab sekian lama saya tidak singgah 'lama' kat Gua Musang. Takpelah dah dia nak makan kan....i follow je hehe. Lagipun dah lama tak makan kat situ. Dulu kedai ni lah tempat saya n Nurul selalu lepak sebab makanan dia sedap terutamanya mee goreng basah. I'm really miss that moment....amat-amat rindu. 


Menghayati pemandangan indah Gua Musang di waktu malam, hati ini tidak mampu menahan sebak. Segala kenangan suka duka terimbas kembali. Sungguh saya amat-amat rindu Gua Musang. Rindu pada segala-gala yang pernah saya lalui. Melihat sign board Taman Wangi pun hati ni tak boleh menahan sebak apatah lagi memandang ofis lama. Siap ada pokok ICT lagi kat pintu gerbang.....cantik Gua Musang sekarang. Rindu kenangan kat rumah sewa bersama housemate, rindu lepak kat tasik, rindu saat berada di ofis lama dan rindu segala-galanya namun apakan daya tanggungjawab saya lebih besar di sini, di rumah tempat asal-usul. 

Inilah hakikat kehidupan, tidak semestinya apa yang kita mahu kita akan dapat. Walaupun hasrat hati nak menetap di Gua Musang tapi ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Hati ini meyakini semua akan indah pada akhirnya.....In Shaa Allah.

Wednesday, June 19, 2013

Menyepi Untuk Sementara Waktu

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melihat dunia. Terlalu banyak cabaran yang mendatang dan Alhamdulillah ALLAH terus memberi kekuatan hari demi hari.....Subhanallah. 

Buat sahabat yang dikasihi.....blog ini akan menyepi untuk sementara waktu, beberapa hari mungkin. Ini kerana saya akan menghadiri satu bengkel di Melaka mulai esok (20-22 Jun 2013). Dalam masa beberapa minggu ni, saya banyak ke luar negeri.....2 kali ke Terengganu, 2 kali ke Putrajaya dan kali ini akan ke Melaka.....semuanya atas urusan peribadi dan kerja. Pendek kata tiada istilah hujung minggu untuk beristirehat.....In Shaa ALLAH lepas ni semuanya akan kembali seperti biasa. Kekuatan itu dari ALLAH.....jika terasa lemah kembalilah pada-NYA. Saya suka kata-kata Prof Muhaya....orang yang menjaga fikiran dia, orang berjaya.

Ok semua......jaga diri jaga iman.....semoga kita terus istiqamah.




Monday, June 17, 2013

Alas Perut Dulu

Bismillahirrahmanirrahim

Salam kasih sayang buat all readers.........semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam.....In Shaa ALLAH....

Sebelum start bekerja.....nak alas perut dulu....cukuplah dengan segelas milo panas dan 2 keping biskut......nanti kul 10 baru cari nasi hehe......bukan apa kalau perut dok kruk kruk nak buat keje pun x leh fokus kan.




Sunday, June 16, 2013

Coretan Hamba ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim






"Berjuang itu memang susah kerana syurga itu manis"


Aku menulis bukan untuk memberitahu aku baik tetapi aku menulis untuk memberitahu diri supaya menjadi baik. Aku bersuara bukan untuk menunjuk pandai tetapi aku bersuara untuk menegakkan kebenaran. Aku bukan sempurna, aku juga masih teraba-raba mencari hidayah ALLAH.

Dalam perjuangan pasti ada cabaran. Sedangkan laut pun bergelora, inikan pula kita manusia. Tidak kira apa cabaran pun. Tetapi bagaimana cara kita melihat cabaran itu dan bagaimana kita menanganinya dan cabaran ini berkait rapat dengan soal hati. Sakit hati, makan hati, berjauh hati semuanya memberi kesan negatif dan hanya akan melemahkan tubuh badan.

Hati yang tenang hanya dengan mengingati ALLAH......zikir, munajat, membaca dan memahami petunjuk kitab suci Al-Quranul Karim, berbuat baik kepada insan lain, membahagiakan orang lain akan memberi impak yang besar dalam mencari kebahagiaan. Kebahagiaan yang diredhai ALLAH.

Kadang-kadang kita merasakan hidup ini  terlalu kosong walaupun dikelilingi ramai insan. Itulah petanda hati ingin kembali kepada fitrah. Cuba renung kembali bayi itu fitrahnya bersih, suci tanpa dosa.....kita lahir dengan keadaan bersih dari segala kekotoran tetapi bila semakin besar, makin banyak titik-titik hitam dalam hati sehingga akhirnya ia menjadi gelap zulumat. Karat-karat hati ini perlu dibersihkan kembali. Kadang-kadang kita tidak sedar, dosa kecil tetapi jika selalu dibuat akan menjadi besar. Hati yang dahulunya putih bersih penuh dengan keladak. Maka ayuhlah sahabatku yang disayangi kerana ALLAH.....mari kita berjuang.....dunia ini hanya persinggahan....tidak mengapa dirimu ditinggalkan kerana ALLAH ada yang lebih baik untukmu. 

Bersusah dahulu bersenang kemudian, memang berkali-kali kita akan tersungkur tapi percayalah itulah tarbiyyah dari ALLAH. Melalui proses itu, hati kita akan hidup kerana sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Bersihkan hati, sentiasa bersangka baik dengan ALLAH dan insan. Memang susah untuk bermujahadah tetapi percayalah satu saat nanti kamu akan tersenyum dengan janji-janji ALLAH buat mereka yang beriman dan beramal soleh. 


Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri - Nabi Muhammad SAW


"Jika kita inginkan kebahagiaan, berikan kebahagiaan itu kepada orang lain"