Wednesday, April 24, 2013

Cerita Mengidam

Bismillahirrahmanirrahim

Mengidam? Jangan pk bukan-bukan plak....i'm not pregnant hehe. Tapi my prenz said : mengidam awak ni lebih daripada N yang pregnant......hehe nk buat camana tekak ni mintak. Alkisahnya camni masa tengah-tengah syok wak keje tu (syok la sgt) tetiba tekak ni terasa nk makan western food.....hap hai nk cari kat mana makanan gtu sbb saya belum mahir benar dengan restaurant kat kb ni. Bagitau member......dia pun ok jer dengan makanan gtu cumaaaaaaaaaaaaa...........time2 mengidam tu x de masa la plak nk kuar makan.....keje super duper la banyak sampaikan nk rest 5 minit pun x sempat.

So hari ni pagi-pagi lagi dah set time dengan member tghari ni camana pun kena pegi jugak makan....x leh tahan dah mengidam ni hehe, bermulalah sesi bincang membincang nak ke mana.....pening gak cari lokasi....last-last decided kat cni...........


Sampai cni plak sekali lagi pening nk pilih menu, tu la sape suruh makan pelik-pelik kan hehe.....jom tgk apa yang kitaorg makan hari ni

Watermelon juice.....so yummy!

Prawn Macaroni Cheese..........yang ni i punya

Chicken Parmigiana............yang ni my prenz punya

Overall.......makanan kat cni mmg sedap, lenkali leh datang lagi hehe....In Shaa ALLAH, dan yang paling terharu......my prenz said dia nk gembirakan hati kawan dia ni.....dia nk sgt tunaikan hajat saya nk makan menda ni.....and dia nk i'm happy.......thank you so much............


Tuesday, April 23, 2013

Sibuk yang Indah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat kembali menulis (mcm la rajin sangat hapdet kan). Tuntutan tugas yang x pernah putus menuntut masa yang ada hanya untuk kerja-kerja pejabat.....usahkan menjenguk blog, laptop sdiri pun x on. Tapi hari ni agak bleh 'mengambil nafas' hehe.....teruk benar kan bunyinya tapi x de lah buat keje sampai 24 jam cuma x de masa untuk diri sendiri.

Sementara ada masa ni, nk kongsi la sikit tentang indahnya di sebalik sibuk ni......jangan x tau sibuk itu sebenarnya indah.......nak tau sebabnya............jom


  • Bila sibuk x de masa nk pikir benda negatif
  • Bila sibuk dapat mengelakkan dari berbual kosong
  • Bila sibuk rasa puas hati dapat mengisi masa dengan buat kerja sepenuhnya
  • Bila sibuk dapat melatih diri supaya menghargai masa 
  • Dan yang ni paling besssssttttttttt............balik umah letih-letih terus tdo........x de masa nk berangan hehe...........tdo pun lena.....

Apapun sentiasa mengingatkan diri...........always be positif.........senyum.......redha........sabar......tenang.......hasilnya 

akan P.O.S.I.T.I.F.....In Shaa ALLAH

Tuesday, April 16, 2013

Jalan Masih Panjang



Oh Jalan masih panjang terbentang di hadapan
Tak hanya sekedar dunia
Lihatlah ke depan yang lalu biar berlalu
Jadikan pemicu kalbu
Jalan hidup takkan pernah lurus
Pasti ada salah lewati segalanya
Tapi Tuhan tak pernah berhenti
Membuka jendela maaf untuk kita

Berubahkah aku

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)


Detik semakin berlalu
Usia makin meningkat
Bererti ajal makin mendekat
Ya ALLAH.......lekanya aku menghirup nikmat-MU
Tanpa mempedulikan-MU saat aku senang
Sedangkan semua itu nikmat dari-MU
Tapi aku mencari-MU saat susah menjengah
Tidak malukah aku
Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim
Sucikanlah roh ku
Bersihkanlah noda yang melekat di jasad dan rohku ini
Ya ALLAH sungguh Engkau Maha Mengetahui
Yang tersembunyi mahupun yang nyata





Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah
Tuhan aku hanya manusia 
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Sunday, March 24, 2013

Monolog Seorang Perempuan

Semalam
Aku temui cinta manusia (palsu belaka)
Aku......perempuan Islam....menutup aurat, menjaga auratku dengan sempurna
Dengan harapan aku akan dilindungi dari fitnah lelaki
Dengan harapan lelaki akan menghormatiku
Namun aku.......akhirnya tewas dengan rayuan-rayuan cinta
Mana imanku? Mana pendirianku untuk mengagungkan kalimah ALLAH di jiwaku? Mana perginya semua impianku untuk menjadi muslimah sejati?
ALLAH.......pendirianku musnah sama sekali hanya kerana kalimah cinta palsu seorang lelaki
Lelaki yang tega menabur seribu janji manis
Lelaki yang membawa hidupku ke lembah kehancuran
Semalam.......nah aku dihidangkan sebuah kenangan yang cukup menyakitkan......sakit!
Lelaki yang pernah menjanjikan bahagia rupanya pendusta hebat!!
Setiap saat hanya air mata yang menemani.....batinku cukup terseksa
Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku?
Hanya itu yang bermain di fikiran

Hari ini
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Betapa ALLAH sangat mencintaiku
Baru kutahu ujian cinta manusia itu hanya sebagai 'sebab' untuk aku kembali mendapatkan cinta-NYA
Cinta sejati yang sangat-sangat indah.....tidak dapat digambarkan keindahannya
Benarlah ujian itu amat indah jika yakin dengan janji-janji ALLAH
Kepahitan itu rupanya kemanisan untuk hari ini.....
Aku bangkit dan bertatih semula
Membuang karat-karat dan keladak hati
Aku mahu hidup dalam redha ALLAH
Aku tenang bersendirian kerana ku tahu ALLAH sentiasa bersamaku
Semoga satu hari akan hadirnya pendamping hidupku yang telah tercatat untukku sejak di loh mahfuz lagi....dengan izin ALLAH

Kini kusedar, cinta manusia jika bukan kerana ALLAH hanya sia-sia
Aku hanya mahu jalani hidup yang tenang, riang dan bahagia bersama cintaku........ALLAH S.W.T dan RASULULLAH S.A.W

Saturday, March 9, 2013

Tenanglah Hadapi Lara Hati


Cantumkan kembali hatimu dengan mencintai Pencipta-MU

Putus cinta! Perkara biasa yang dihadapi oleh pasangan yang bercinta. Kadang-kadang sampai berkali-kali bercinta kemudian putus. Harus diakui lumrah setiap pertemuan pasti ada perpisahan, jika bukan berpisah hidup, pasti akan berpisah jua bila ajal menjemput. Situasi putus cinta? Mestilah ada rasa sedih, kecewa, sakit......sakit sangat-sangat kan. Sebenarnya inilah masa untuk kita menilai tahap 'kualiti' diri kita sendiri. Cuba tengok keadaan masa kita 'frust', makan minum x terjaga, asyik merenung termenung sedangkan si dia dah berbahagia dengan insan kesayangan. Kita pulak asyik berendam air mata.......berbaloikah air mata kita tumpah kerana seorang insan yang tidak tahu menghargai kita?

Sebenarnya putus cinta mengandungi banyak hikmah yang kadang-kadang kita sendiri tidak pernah membayangkannya. Kalau dulu masa hangat bercinta, solat pun terkejar-kejar malah ada yang tidak menunaikan solat langsung. Jika sms/call tidak berbalas, rela menunggu dengan harapan si dia akan replied tapi panggilan ALLAH adakah kita mengambil berat? Adakah kita tertunggu-tunggu masuknya waktu solat? Kalau dulu Al-Quran langsung tidak dibaca kerana masa banyak dihabiskan bersama kekasih hati.

Inilah masanya untuk kembali bangkit, bangkit dari dunia kegelapan menuju ke dunia yang penuh rahmat.....dengan mencintai ALLAH sepenuh hati. Serahkan jiwamu pada ALLAH, lakukan solat dengan khusyuk, banyakkan membaca Al-Quran dan fahami maknanya. Sibukkan dirimu dengan majlis-majlis ilmu dan bergaul dengan orang-orang yang soleh/solehah. Sungguh besar hikmah yang ALLAH beri bagi sesiapa yang berfikir. Benarlah kata-kata ini "HATI, BERUNTUNGLAH BAGI YANG MENSUCIKANNYA DAN RUGILAH BAGI ORANG YANG MENGOTORINYA".

                           'CARILAH CINTA TUHAN, NESCAYA KAMU AKAN BERTEMU DENGAN CINTA HAMBA'

Saturday, February 16, 2013

My New

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan izin-NYA jua dapat juga kembali menulis di blog yang x seberapa ni. Dah lama sangat tinggalkan dunia penulisan di blog yang x seberapa ni. Mudah-mudahan kali ni dapat kembali menulis dengan harapan sedikit sebanyak memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain.....Amin.

Sedar x sedar dah hampir 6 bulan saya bertugas di tempat baru....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun bagiku ianya agak mencabar kerana berdepan dengan tugas yang agak 'berat' namun bagiku ianya satu pengalaman yang amat berharga kerana tidak semua orang berpeluang merasainya hehe. Sepintas kenangan, saya amat-amat bersyukur kerana sepanjang hampir 9 tahun berkhidmat, saya dah berpeluang merasai pelbagai suasana tempat kerja. Bermula dengan berkhidmat di sebuah Kementerian di Bandaraya Kuala Lumpur yang mana setiap hari perlu berhimpit-himpit untuk menaiki LRT dan kemudiannya terpaksa bersesak-sesak menaiki bas untuk ke tempat kerja.....sangat2 memenatkan. Kemudian bertukar ke sebuah Jabatan yang terletak betul-betul di dalam hutan. Yang ni betul-betul mencabar ketabahan diriku hehe, mana x nya kat sini saya lah satu-satunya staf perempuan, terpaksa pula tinggal di kuarters sorang-sorang....masa ni terfikir camanalah nk kerja nanti dengan staf lelaki semuanya, dahlah kategori pemalu hehe. Tapi apa yang bestnya nk ke tempat kerja jalan kaki je sambil menghirup udara segar dan menyegarkan mata dengan pemandangan menghijau. No jammed, no bising-bising kenderaan.....only you and nature. Keretaku hanya diguna time balik kampung n keluar ke bandar je (jimat minyak hehe).

Then pindah ke bandar yang tengah membangun, terpaksa guna kereta namun hanya 5 minit je perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja and now sangat-sangat mencabar. Bila pindah ke pusat bandar ni biasalah x leh lari dari jammed. Kadang-kadang teringat kenangan masa kerja di tempat lama. Sayang untuk tinggalkan tempat tu kerana hati ni telah jatuh sayang dengan tempat itu tapi nk buat macamana, diri ni x begitu tabah untuk berdepan dengan dugaan 'besar' di sana. Terlalu banyak yang dikorbankan semata-mata untuk kebaikan orang lain. Tapi biarlah, semua rasa duka itu saya pahat kemas-kemas dalam hati ini semoga ALLAH beri yang terbaik untuk semua. Perkara yang sebenarnya cukuplah bagiku ALLAH saja yang tahu. Apa yang penting sekarang teruskan hidup dan baiki segala kekurangan diri, cuba untuk menjadi seorang muslimah yang taat pada perintah ALLAH dan tinggalkan segala larangan-NYA....In Shaa ALLAH.

Apapun yang terjadi, saya sangat-sangat bersyukur kerana tanpa pengalaman 'pahit' itu, saya x kan setabah hari ini. Setiap kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan itu ternyata membawa seribu hikmah kerana tanpa pengalaman itu, mungkin saya terus hanyut dengan dunia khayalan.....ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, diberikannya kita ujian demi ujian untuk kita melihat kesilapan diri sendiri dan membaikinya untuk menjadi lebih baik.