Sunday, March 24, 2013

Monolog Seorang Perempuan

Semalam
Aku temui cinta manusia (palsu belaka)
Aku......perempuan Islam....menutup aurat, menjaga auratku dengan sempurna
Dengan harapan aku akan dilindungi dari fitnah lelaki
Dengan harapan lelaki akan menghormatiku
Namun aku.......akhirnya tewas dengan rayuan-rayuan cinta
Mana imanku? Mana pendirianku untuk mengagungkan kalimah ALLAH di jiwaku? Mana perginya semua impianku untuk menjadi muslimah sejati?
ALLAH.......pendirianku musnah sama sekali hanya kerana kalimah cinta palsu seorang lelaki
Lelaki yang tega menabur seribu janji manis
Lelaki yang membawa hidupku ke lembah kehancuran
Semalam.......nah aku dihidangkan sebuah kenangan yang cukup menyakitkan......sakit!
Lelaki yang pernah menjanjikan bahagia rupanya pendusta hebat!!
Setiap saat hanya air mata yang menemani.....batinku cukup terseksa
Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku?
Hanya itu yang bermain di fikiran

Hari ini
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Betapa ALLAH sangat mencintaiku
Baru kutahu ujian cinta manusia itu hanya sebagai 'sebab' untuk aku kembali mendapatkan cinta-NYA
Cinta sejati yang sangat-sangat indah.....tidak dapat digambarkan keindahannya
Benarlah ujian itu amat indah jika yakin dengan janji-janji ALLAH
Kepahitan itu rupanya kemanisan untuk hari ini.....
Aku bangkit dan bertatih semula
Membuang karat-karat dan keladak hati
Aku mahu hidup dalam redha ALLAH
Aku tenang bersendirian kerana ku tahu ALLAH sentiasa bersamaku
Semoga satu hari akan hadirnya pendamping hidupku yang telah tercatat untukku sejak di loh mahfuz lagi....dengan izin ALLAH

Kini kusedar, cinta manusia jika bukan kerana ALLAH hanya sia-sia
Aku hanya mahu jalani hidup yang tenang, riang dan bahagia bersama cintaku........ALLAH S.W.T dan RASULULLAH S.A.W