Saturday, March 9, 2013

Tenanglah Hadapi Lara Hati


Cantumkan kembali hatimu dengan mencintai Pencipta-MU

Putus cinta! Perkara biasa yang dihadapi oleh pasangan yang bercinta. Kadang-kadang sampai berkali-kali bercinta kemudian putus. Harus diakui lumrah setiap pertemuan pasti ada perpisahan, jika bukan berpisah hidup, pasti akan berpisah jua bila ajal menjemput. Situasi putus cinta? Mestilah ada rasa sedih, kecewa, sakit......sakit sangat-sangat kan. Sebenarnya inilah masa untuk kita menilai tahap 'kualiti' diri kita sendiri. Cuba tengok keadaan masa kita 'frust', makan minum x terjaga, asyik merenung termenung sedangkan si dia dah berbahagia dengan insan kesayangan. Kita pulak asyik berendam air mata.......berbaloikah air mata kita tumpah kerana seorang insan yang tidak tahu menghargai kita?

Sebenarnya putus cinta mengandungi banyak hikmah yang kadang-kadang kita sendiri tidak pernah membayangkannya. Kalau dulu masa hangat bercinta, solat pun terkejar-kejar malah ada yang tidak menunaikan solat langsung. Jika sms/call tidak berbalas, rela menunggu dengan harapan si dia akan replied tapi panggilan ALLAH adakah kita mengambil berat? Adakah kita tertunggu-tunggu masuknya waktu solat? Kalau dulu Al-Quran langsung tidak dibaca kerana masa banyak dihabiskan bersama kekasih hati.

Inilah masanya untuk kembali bangkit, bangkit dari dunia kegelapan menuju ke dunia yang penuh rahmat.....dengan mencintai ALLAH sepenuh hati. Serahkan jiwamu pada ALLAH, lakukan solat dengan khusyuk, banyakkan membaca Al-Quran dan fahami maknanya. Sibukkan dirimu dengan majlis-majlis ilmu dan bergaul dengan orang-orang yang soleh/solehah. Sungguh besar hikmah yang ALLAH beri bagi sesiapa yang berfikir. Benarlah kata-kata ini "HATI, BERUNTUNGLAH BAGI YANG MENSUCIKANNYA DAN RUGILAH BAGI ORANG YANG MENGOTORINYA".

                           'CARILAH CINTA TUHAN, NESCAYA KAMU AKAN BERTEMU DENGAN CINTA HAMBA'