Tuesday, May 14, 2013

Cinta Yang Hakiki

Bismillahirrahmanirrahim

" Bahagia buat mereka yang bertemu cinta yang teragung, yang membawa ke syurga yang hakiki dan abadi "

Itulah antara lirik nasyid yang menjentik tangkai hati ini sewaktu sedang memandu tadi. Lama dah x dengar lagu-lagu lama In-Team. Sebaris lirik yang cukup besar maknanya jika diterjemahkan dalam kehidupan kita. Dalam hari-hari yang penuh dengan kesibukan dunia, seringkali kita alpa untuk beringat bahawasanya setiap gerak-geri kita ada yang memerhatikan.....ALLAH sentiasa memerhatikan kita.....even kita bersembunyi di mana-mana ceruk pun.....ya mungkin kita mampu bersembunyi dari manusia tetapi ALLAH tetap melihat......zahir dan batin kita!.

Ujian demi ujian melanda sering menggoyahkan iman, sedaya mungkin kita berusaha tetapi masih gagal....ya situasi ini membuatkan kita putus asa....jangan!! Ujian ALLAH itu indah.....yang harus ada dalam diri ialah sabar, redha dan tawakkal. Jangan difikir derita akan berpanjangan.....ujian adalah tarbiyah dari ALLAH.

Dalam perhubungan sesama manusia, adakalanya kita dijentik rasa kecewa bila dikhianati, rasa marah bila diperlakukan sesuka hati, rasa tersisih bila manusia tidak melayan kehendak kita....mengapa kita harus berpaling dari cinta yang tidak pernah mengecewakan? Mengapa memilih jalan derita sedangkan jalan bahagia sudah dibentangkan.......sesungguhnya manusia itu akan mendapat sesuatu atas perbuatan mereka sendiri. Ketenangan yang hakiki hanyalah bersama ALLAH.....Al-Quran dan Sunnah itu panduan kita. Pilihlah jalan yang lurus, pasti bahagia sampai syurga.....In Shaa ALLAH. Segala yang kita miliki hari ini bukan selamanya, ianya hanyalah pinjaman, tidak ada faedahnya meratapi cinta yang kecundang sebaliknya yang perlu kamu resahkan andai ajal tiba-tiba menjemput dalam keadaan berdosa...Naudzubillahiminzalik.

* Teringat nostalgia lama bersama nasyid Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica, Brothers dan lain-lain......very love their songs *


Friday, May 10, 2013

No FB

Bismillahirrahmanirrahim


Facebook ataupun muka buku, satu laman sosial yang paling popular. Boleh dikatakan setiap orang memiliki akaun FB ini termasukla saya. Pada zaman dahulu (ayat klasik cket) boleh katakan hari-hari saya akan online FB, almaklumlah nak berinteraksi dengan kawan-kawan kan. Tapi hari ini satu keputusan muktamad telah dibuat iaitu...........................DEACTIVATE. Sebab musababnya ialah..............RAHSIA.............hehe. Itulah jalan terbaik yang kurasa untuk kebaikan diriku. Kenangan bersama FB ini terlalu banyak yang pahit bagiku tetapi mungkin manis bagi orang lain. Setiap orang ada pengalaman masing-masing kan. So sekarang saya hanya ada blog ni untuk menulis ataupun share something yang semoga bermanfaat untuk all readers. Blog ni pun dah lama sepi dari sebarang 'pengapdetan' kan....In Shaa ALLAH lepas ni blog ni x kan sunyi lagi. Walaupun ramai yang tak mengenali blog ni tapi cukuplah bila segala luahan rasa tertempek di sini hehe. 


SEKIAN, TERIMA KASIH
    Sayang kamu semua kerana ALLAH......Ukhwafillah



Note : I will be back if i think i should be back



ALLAH Tahu

Bismillahirrahmanirrahim


Hebatnya iman dan nafsu berperang di minda. Saratnya hati mengawal roh supaya tunduk pada ALLAH. Aduh mujahadah itu pahit (tetapi hasilnya manis). Terasa lemah segalanya, kekuatan yang ada perlahan-lahan merudum. Iman kita ada turun naiknya. ALLAH.....kutahu dugaan-MU beserta hikmah, namun ku tetap lemah. Bilamana hati berniat baik, ada saja halangan untuk menggagalkan.......teringin sekali diri ini menyusuri perjalanan hamba-hamba-MU yang soleh. Melihat mereka beribadah kepada-MU, sayu dan sebak melihat betapa khusyuknya mereka mentaati-MU. Aku ingin, ingin seperti mereka.

ALLAH tahu apa yang ada dalam hati kita, ALLAH tahu remuknya hati kita, ALLAH tahu lukanya hati kita, ALLAH tahu kekuatan dan kelemahan kita. ALLAH tahu kita cuba memujuk hati sendiri supaya melupakan semua yang pahit. ALLAH tahu kita telah mencuba sedaya mungkin. ALLAH tahu apa yang kita resahkan. ALLAH tahu segala-galanya.

Jangan bersedih duhai muslimah yang kecewa
Jangan berduka duhai muslimah yang bersendirian
ALLAH bersamamu........sentiasa bersamamu
Rasailah pelukan ALLAH............bahagia.






Wednesday, May 8, 2013

Aku Manusia Biasa

Bismillahirrahmanirrahim

Aku manusia biasa
Punya hati dan perasaan
Perlukan makanan untuk jasmani dan rohani
Aku ingin jalani hidup dengan tenang
Aku ingin kedamaian
Aku ingin keredhaan ALLAH
Aku ingin di bawah lembayung rahmat-NYA


Aku manusia biasa, bukan robot, aku juga punya rasa letih dan lemah
Aku juga bukan sempurna untuk menyiapkan sesuatu yang sempurna
Aku punya kelemahan, jika x sempurna maafkanku kerana ku sudah tidak berdaya
Otakku sudah beku......dan kuminta tolong bagi ruang untuk bernafas
Aku perlu cas semula tenaga dan semangat yang hampir hilang
Ya ALLAH......lapangkanlah dadaku.


Monday, May 6, 2013

Kisah dan Lagu

Bismillahirrahmanirrahim


For u n me

Malam ni, rasa syahdu menyelubungi diri....hanya kerana sebuah lagu nasyid yang sangat-sangat meruntun hatiku....sekilas lagu ini membawa mindaku belayar ke zaman 12 tahun yang lampau, waktu diriku masih remaja dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat baik dan memahami erti perjuangan. Susah senang kami harungi bersama, yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Lagu ini menjadi kenangan di saat-saat perpisahanku bersama sahabat-sahabat di Kolej Seroja UiTM Shah Alam. Berat rasa untuk meninggalkan mereka di saat aku masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Betapa suasana kampus juga banyak cabarannya. Bersama sahabat-sahabat ini aku beroleh kekuatan untuk terus berjuang namun apakan daya diri ini x mampu untuk menamatkan pengajian bersama kalian. Kini semua sahabatku berjaya...Eda, Anis, Ain, Kak Chah, Kak Gee, Kak Ayu......rindu kamu sangat-sangat....dan kini tiba masanya untukku kembali berjuang........walau kita x bersama, kupinjam semangat darimu teman....kini lagu ini kembali kutujukan untukmu dan diriku sendiri........................

SeLaMat BeRJuang!!!!


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan 
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman 
Harungi kehidupan
Oh indahnya ooooo
Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah 
Meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Iakan selamanya
Oooo 

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan ooooo

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan 
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku (sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar ia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya 
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

Sunday, May 5, 2013

Majlis Pertunangan Pian & Taqiyah

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah tanggal 4 Mei 2013 yang lalu, termeterailah sebuah ikatan pertunangan antara Sufian dan Taqiyah cewah skema toing-toing ayat. Sufian ni merupakan sepupu saya yang kini berkhidmat dengan ATM . Sejak masing-masing dah kerja ni kitaorang agak jarang berjumpa, yelah kan dah dok jauh. Dulu masa abangya Syawal bertunang saya x dapat ikut rombongan tapi kali ni ALLAH izinkan.

Rombongan kami lebih kurang lapan buah kereta (mcm ramai je) bertolak dari rumah Pian di Pasir Tumboh jam 11.00 pagi. Rumah Taqiyah kat Pengkalan Chepa. Jalan punya la jem maklumlah musim mengundi kan. Sana sini penuh dengan bendera parti masing-masing, memang meriah hehe. Rombongan kami sampai dalam jam 12 tghari........straight to the point, almaklumlah bakal mentua pian sdiri merupakan ustaznya masa sekolah dulu, untung Pian bakal bapa mentua sdiri yang berkenan denganmu hehe.....and of course la kami semua dijamu dengan makanan yang sangat sedap di tekak kami. Dah lama tak makan hidangan lengkap camni.....gulai daging, ayam pedas, sambal belacan, acar timun, ikan kering goreng, solok lada dan yang pastinya sira labunya mmg sdap hehe. Melantak je kerjanya, jarang-jarang je ada peluang camni kan. 

Tak mo cakap banyak, tengok je lah gambar yang ditepek ni







Sekian, terima kasih.


Thursday, May 2, 2013

Monolog (Lihatlah ke depan......yang lalu biar berlalu)

Bismillahirrahmanirrahim


Sehingga saat ini, satu persatu kenangan 'itu' menerjah fikiran ini. Namun anehnya hari ini bila kenangan itu datang, hati ini sudah tidak merasakan apa-apa.....Alhamdulillah. Sungguh luar biasa kurasakan, namun semua itu tidak mustahil dengan izin ALLAH S.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIA memberi dan DIA jugalah yang mengambil semula. Semua yang ada bukan milik kita, hanya pinjaman. Dulu kuakui setiap kali kenangan itu datang, hati ini merasa sakit....sakit dan pedih dengan apa yang berlaku malah ianya sering menghantui fikiranku sehingga sukar untuk aku fokus pada kerja dan kehidupan peribadi. Sungguh aku telah melalui satu episod duka yang tidak pernah kuminta. Namun semuanya ujian ALLAH untuk melihat bagaimana aku melalui ujian itu. Dalam masalah ini, aku meletakkan seratus peratus kesalahan pada diri sendiri. Tidak perlu menuding jari kepada orang lain, biar apa orang sekeliling mengata, biar apa pun yang mereka buat padaku, biar apa pun mereka menyakiti aku......aku halalkan dan aku maafkan mereka kerana aku sedar mereka juga hamba ALLAH yang punya kelemahan. Cukup sampai di sini sahaja kisah itu kerana hari ini aku telah buka lembaran baru dalam hidupku.

Benarlah doa itu senjata mukmin. Mintalah pada ALLAH, mengadulah pada-NYA kerana itu sumber kekuatan kita. Tapi ingatlah syaitan akan terus berusaha menyesatkan kaum Adam....semakin kita cuba berubah pada kebaikan semakin kuat godaan syaitan. Sebab itu kita kena sentiasa minta pada ALLAH supaya ditetapkan iman kita. 

Hari demi hari selepas peristiwa itu, aku merenung kembali sejarah hidup yang penuh dengan dosa. Betapa selama ini aku jauh dari-NYA. Hanya bila susah aku ingat pada-NYA. Perlahan-lahan aku bertatih, aku mahu mencintai Penciptaku sepenuh hatiku, aku mahu mencintai Rasulullah S.A.W dengan sebenar-benar cinta, aku mahu membahagiakan ibu ayahku, aku mahu menjadi contoh pada adik-adikku dan aku mahu menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat......itu matlamatku sekarang! Keperitan itu mengajarku erti sebuah perjuangan dan kebangkitan.

" LIHATLAH KE DEPAN.......YANG LALU BIAR BERLALU"