Monday, June 11, 2012

Cuti-cuti Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim

Baru ada mood nk bercerita pasal percutian ke Terengganu selama 3 hari 2 malam (18-20 Mei 2012). Sebenarnya dah banyak kali percutian kami ditangguhkan ekoran kesibukan saya dengan urusan kerja sampaikan Jumaat Sabtu pun kena kerja, tapi takpelah demi negara kan, lagipun bila keje dah settle baru best nk pi joli holiday kan hehe. Tunggu punya tunggu akhirnya dapat tarikh yang betul2 sesuai untuk kami bertiga. Pada mulanya kami (saya, nurul dan kak ta) rancang nk bertolak petang khamis tu tapi rasa letih la plak, tambah-tambah setiap hari khamis tu ada lambok (pasar malam) kat Gua Musang, saya dan nurul rancang nk pi lambok dulu, lgpun kawan saya kak ta berniaga makanan kat lambok setiap hari khamis. So kami decided bertolak pagi jumaat.... mlm tu kitaorg lepak kedai kak ta sambil bincang2 agenda percutian kami. 

Pagi jumaat tu bermulalah pelayaran perjalanan kami ke Kuala Terengganu. Kami akan bermalam di rumah da merangkap ahli rombongan kami disebabkan da sudah menetap di Terengganu. Syukur ada member yang bleh jadi guide kami hehe. Sampai sana dalam kul 2 ptg.....rehat2 sampai ketidoran, bangun2 mandi, solat dah segar semua kami terus bertolak ke bandar KT untuk ronda2 dan malamnya makan ikan bakar di Kelulut...k jom layan gambar

Senja dah
Dua org ni x leh dipisahkan
Bff.......semoga persahabatan kita kekal walaupun bakal berjauhan huhu
I-Cty  versi Terengganu
Makan2 tepi pantai
Menghayati ciptaan ALLAH S.W.T

Part yang plg best dlm percutian ni masa malam terakhir kitaorg sblm balik gm.....lepas makan kami ke pantai Batu Burok....Alhamdulillah cuaca baik sangat, deru ombak berbumbungkan langit yang dihiasi bintang-bintang, angin sepoi2 amat mendamaikan. Kami berempat menghabiskan masa di tepi pantai sambil bercerita apa saja....yelah peluang begini susah nk dapat kan, masing2 sibuk dengan urusan, so masa ni dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami. Takpelah semoga diberi peluang sekali lagi untuk kami berjumpa mcm ni......Amin.