Just nk share sedikit petua untuk dikongsi bersama
- Sentiasalah mengingati ALLAH, amalkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, amalkan cara hidup yang diredhai
- Jika kamu merasa tertekan sangat-sangat, dah x tahu apa nk buat, menangislah.....slps itu kamu akan tenang kerana dengan mengeluarkan air mata, sedikit sebanyak ia akan melegakan hati
- Ingatlah ALLAH tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu memikulnya, setiap ujian itu datang beserta hikmah
- Ingatlah jika kita merasa masalah kita terlalu berat, masalah orang lain lagi berat
- Jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan, ketahuilah bahawa perancangan ALLAH lagi bermakna kerana hanya DIA yang mengetahui segala-galanya
- Redhalah dengan setiap yang berlaku kerana kita hidup di dunia bukan untuk selama-lamanya