Monday, June 11, 2012

Aisyah Mardhiyah

Assalamualaikum

Aisyah Mardhiyah......cantik kan nama ni hehe....bukan apa.....saje nk coret2 tentang anak buah kesayangan saya ni. Saat ni rasa rindu sangat2 kat dia..terbayang-bayang keletah dia....sejak koho besar ni banyak benda yg Aisyah dah belajar...seronok tgk dia membesar dengan sempurna.....Alhamdulillah. Jom layan gambar budak ni....

Shaye dah besar

Apa tgk2

Berat x Aisyah (tanye ayah)

Shaye nk jd budak pandai....InsyaALLAH

Sekarang ni Aisyah ada kat kampung.....bercuti tanpa gaji selama sebulan hehe.....xlah Aisyah saje jer nk relax kat kampung kan......bleh main ayam itik lembu semua hehe....oklah Cikdaa akan sentiasa meyayangi Aisyah......take care yer sayang.

Saturday, June 9, 2012

Hari ini, esok dan seterusnya

Assalamualaikum

Pernah x anda semua merasai satu saat yang paling perit dan x tertanggung untuk dihadapi? Tentu pernah kan. Memang itu lumrah hidup kita, ada masa suka, ada masanya kita berduka. Kadang-kadang bila musibah menimpa, kita seringkali menyalahkan keadaan sehingga terlupa mungkin semuanya berpunca dari diri sendiri. Tak ada manusia yang x menginginkan kebahagiaan dalam hidup, jadi bila kecewa mendatang, ia seolah-olah tidak mempunyai semangat lagi. Semuanya dirasakan telah musnah, segalanya seolah x bermakna lagi.

Adakalanya sesuatu peristiwa ataupun kenangan pahit boleh mengubah sikap seseorang. Mungkin dulu dia seorang yang baik dan sentiasa menjaga hati orang tetapi bila terjadi sesuatu perkara dalam hidupnya, dia akan berubah menjadi seorang yang panas baran dan sering menyakiti hati orang lain. Kenapa ini terjadi? Kerana dalam hatinya belum redha sepenuhnya akan ketentuan ALLAH. La Tahzan......kata-kata ini sering kita dengar, tapi adakah kita sudah benar2 bersedia mengaplikasikan kata-kata nasihat ini? Bangunlah wahai hati yang sedang gundah, bukalah matamu seluas2nya, lihatlah betapa di sekeliling mu ramai insan yang masih meyayangimu.

Hari ini, engkau kecewa tapi kekecewaan itu bukan untuk selama2nya......esok masih ada untukmu. Cinta manusia itu biarlah ia hilang asalkan engkau tidak kehilangan cinta ALLAH. Yakinlah yang perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk mu. Jangan ditangisi kelukaan itu kerana hidupmu di dunia ini hanya sementara.......carilah kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak....InsyaALLAH. Bangunlah dari tidurmu yang panjang, ayuh bangkitkan semula semangatmu yang telah hilang. Pedih memang pedih bila mengenangkan kesakitan itu tapi percayalah.......pintu bahagia sentiasa terbuka untuk hati-hati yang inginkan cinta ALLAH.


Wednesday, May 16, 2012

Antara Iman dan Nafsu

Saya pasti dalam hidup kita, seringkali diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Fitrah manusia suci dan sentiasa inginkan kebaikan, namun sebagai manusia nafsu sentiasa memainkan peranan. Terpulang pada kita untuk mengendalikan nafsu itu. Saya percaya semua orang sentiasa inginkan perubahan yang membawa kebaikan. Tapi di sebalik hasrat itu, pasti ada bermacam halangan. Ya ALLAH, beratnya hati ini untuk istiqamah, iman mengatakan carilah ALLAH, cintailah ALLAH melebihi makhluk-NYA, nafsu pula mengatakan cinta manusia indah, mana bleh hidup tanpa insan yang dicintai......aduh begitu lemahnya iman bila meletakkan manusia melebihi Pencipta kita.....Naudzbillahiminzalik.Iman mengatakan redhalah dengan semua takdir, walau pedih, walau pahit......Nafsu pula menegahnya.....Memang tak dinafikan bukan semua orang boleh menerima diri kita seadanya. Bukan semua orang boleh memahami hakikat hidup yang kita mahukan. Amat sukar jika berdepan dengan seorang manusia yang tidak pernah ingin mengakui kesilapan. Lantas amat sukar untuk kita merealisasikan hasrat ingin berubah. Walauapapun percayalah, disaat orang lain menghina, ALLAH sentiasa bersama, disaat orang lain menyakiti, ALLAH sentiasa bersama, disaat orang mengecewakan......ALLAH pasti tidak mengecewakan.........InsyaALLAH.






Sunday, October 9, 2011

Aku Nak Macam Ni


InsyaALLAH


Sweet

Fesyen muslimah, sejuk mata memandang


Saturday, October 8, 2011

Bunga-bunga

Kalaulah pemandangan ni dpn umah aku
Milik siapakah rose ini
Best kan dpt jalan2 dgn bebasnya smbil menyelit2 

Lavender



Monday, September 5, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa.....hehe riangnya hati raya kali ni......sbbnya kehadiran Aisyah menyerikan suasana kami sekeluarga. Aisyah skrg dah besar, makin membulat mukanya......bila berenggang jer mulalah terasa rindu hehe.....tp gambarnya masih dlm kamera adik.....x leh nk publish lg....layan yg ni dululah


Bergaya raya dgn jubah pilihan cik anis