Saturday, June 9, 2012

Hari ini, esok dan seterusnya

Assalamualaikum

Pernah x anda semua merasai satu saat yang paling perit dan x tertanggung untuk dihadapi? Tentu pernah kan. Memang itu lumrah hidup kita, ada masa suka, ada masanya kita berduka. Kadang-kadang bila musibah menimpa, kita seringkali menyalahkan keadaan sehingga terlupa mungkin semuanya berpunca dari diri sendiri. Tak ada manusia yang x menginginkan kebahagiaan dalam hidup, jadi bila kecewa mendatang, ia seolah-olah tidak mempunyai semangat lagi. Semuanya dirasakan telah musnah, segalanya seolah x bermakna lagi.

Adakalanya sesuatu peristiwa ataupun kenangan pahit boleh mengubah sikap seseorang. Mungkin dulu dia seorang yang baik dan sentiasa menjaga hati orang tetapi bila terjadi sesuatu perkara dalam hidupnya, dia akan berubah menjadi seorang yang panas baran dan sering menyakiti hati orang lain. Kenapa ini terjadi? Kerana dalam hatinya belum redha sepenuhnya akan ketentuan ALLAH. La Tahzan......kata-kata ini sering kita dengar, tapi adakah kita sudah benar2 bersedia mengaplikasikan kata-kata nasihat ini? Bangunlah wahai hati yang sedang gundah, bukalah matamu seluas2nya, lihatlah betapa di sekeliling mu ramai insan yang masih meyayangimu.

Hari ini, engkau kecewa tapi kekecewaan itu bukan untuk selama2nya......esok masih ada untukmu. Cinta manusia itu biarlah ia hilang asalkan engkau tidak kehilangan cinta ALLAH. Yakinlah yang perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk mu. Jangan ditangisi kelukaan itu kerana hidupmu di dunia ini hanya sementara.......carilah kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak....InsyaALLAH. Bangunlah dari tidurmu yang panjang, ayuh bangkitkan semula semangatmu yang telah hilang. Pedih memang pedih bila mengenangkan kesakitan itu tapi percayalah.......pintu bahagia sentiasa terbuka untuk hati-hati yang inginkan cinta ALLAH.


Wednesday, May 16, 2012

Antara Iman dan Nafsu

Saya pasti dalam hidup kita, seringkali diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Fitrah manusia suci dan sentiasa inginkan kebaikan, namun sebagai manusia nafsu sentiasa memainkan peranan. Terpulang pada kita untuk mengendalikan nafsu itu. Saya percaya semua orang sentiasa inginkan perubahan yang membawa kebaikan. Tapi di sebalik hasrat itu, pasti ada bermacam halangan. Ya ALLAH, beratnya hati ini untuk istiqamah, iman mengatakan carilah ALLAH, cintailah ALLAH melebihi makhluk-NYA, nafsu pula mengatakan cinta manusia indah, mana bleh hidup tanpa insan yang dicintai......aduh begitu lemahnya iman bila meletakkan manusia melebihi Pencipta kita.....Naudzbillahiminzalik.Iman mengatakan redhalah dengan semua takdir, walau pedih, walau pahit......Nafsu pula menegahnya.....Memang tak dinafikan bukan semua orang boleh menerima diri kita seadanya. Bukan semua orang boleh memahami hakikat hidup yang kita mahukan. Amat sukar jika berdepan dengan seorang manusia yang tidak pernah ingin mengakui kesilapan. Lantas amat sukar untuk kita merealisasikan hasrat ingin berubah. Walauapapun percayalah, disaat orang lain menghina, ALLAH sentiasa bersama, disaat orang lain menyakiti, ALLAH sentiasa bersama, disaat orang mengecewakan......ALLAH pasti tidak mengecewakan.........InsyaALLAH.






Sunday, October 9, 2011

Aku Nak Macam Ni


InsyaALLAH


Sweet

Fesyen muslimah, sejuk mata memandang


Saturday, October 8, 2011

Bunga-bunga

Kalaulah pemandangan ni dpn umah aku
Milik siapakah rose ini
Best kan dpt jalan2 dgn bebasnya smbil menyelit2 

Lavender



Monday, September 5, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa.....hehe riangnya hati raya kali ni......sbbnya kehadiran Aisyah menyerikan suasana kami sekeluarga. Aisyah skrg dah besar, makin membulat mukanya......bila berenggang jer mulalah terasa rindu hehe.....tp gambarnya masih dlm kamera adik.....x leh nk publish lg....layan yg ni dululah


Bergaya raya dgn jubah pilihan cik anis



Wednesday, August 17, 2011

Kerinduan yg teramat pada Aisyah

Alhamdulillah dah selamat sampai umah, lega hatiku dpt menatap wajah Aisyah, walaupun masih kecil, tp wajah seorang bayi yg bersih dari dosa dan noda amat2 menenangkan jiwa. Rasa hilang semua masalah taktala memeluk cium Aisyah. Paling saya suka part dia senyum sorang2 dan aksinya tdo. Bantal golek pun bergolek2 jatuh ditendangnya. Buas Aisyah ni walaupuun tecik hehe. Aisyah suka sgt wat mimik muka, geram ase nk cium2. Sorry ye Aisyah Cikdaa slalu tium2 hehe, cptlah besar ek, nanti kita leh main hehe.

Ni gak kali ptama saya berbuka puasa bsama family walaupun x ramai. Sampai umah je ma request suh buat ikan bawal masam manis, ikannya ma dah goreng, so saya just buat sosnya jer, ayah plak bli air tebu....hrmmmmm lazatnya.....Alhamdulillah.