Wednesday, May 16, 2012

Antara Iman dan Nafsu

Saya pasti dalam hidup kita, seringkali diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Fitrah manusia suci dan sentiasa inginkan kebaikan, namun sebagai manusia nafsu sentiasa memainkan peranan. Terpulang pada kita untuk mengendalikan nafsu itu. Saya percaya semua orang sentiasa inginkan perubahan yang membawa kebaikan. Tapi di sebalik hasrat itu, pasti ada bermacam halangan. Ya ALLAH, beratnya hati ini untuk istiqamah, iman mengatakan carilah ALLAH, cintailah ALLAH melebihi makhluk-NYA, nafsu pula mengatakan cinta manusia indah, mana bleh hidup tanpa insan yang dicintai......aduh begitu lemahnya iman bila meletakkan manusia melebihi Pencipta kita.....Naudzbillahiminzalik.Iman mengatakan redhalah dengan semua takdir, walau pedih, walau pahit......Nafsu pula menegahnya.....Memang tak dinafikan bukan semua orang boleh menerima diri kita seadanya. Bukan semua orang boleh memahami hakikat hidup yang kita mahukan. Amat sukar jika berdepan dengan seorang manusia yang tidak pernah ingin mengakui kesilapan. Lantas amat sukar untuk kita merealisasikan hasrat ingin berubah. Walauapapun percayalah, disaat orang lain menghina, ALLAH sentiasa bersama, disaat orang lain menyakiti, ALLAH sentiasa bersama, disaat orang mengecewakan......ALLAH pasti tidak mengecewakan.........InsyaALLAH.